Memiliki rumah sendiri merupakan aset yang tidak ternilai kerana harganya yang semakin meningkat. Bahkan, jika anda berjaya memilih dan memiliki jenis rumah yang kini berada di kawasan pesat membangun, sudah semestinya nilainya boleh mencecah jutaan ringgit!
Rumah mewah selalunya terletak di kawasan berprestij seperti Bukit Tunku, Mont Kiara dan Desa ParkCity di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Kawasan ini bukan sahaja eksklusif, malah berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam yang menjadikan harganya setinggi langit.
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
6 JENIS RUMAH PALING MAHAL DI MALAYSIA 2024, CECAH JUTAAN RINGGIT!
Dari rumah banglo artis terkenal hingga villa mewah di tepi pantai, ini antara jenis rumah paling mahal dan eksklusif di negara kita.
1.The Ritz-Carlton Residences, Kuala Lumpur
Harga: RM 40 juta hingga RM 80 juta (bergantung kepada unit dan saiz)
Lokasi: Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Keluasan: 1,572 kps
Unit kondo (2-4 bilik), Unit Teres Mewah (4-5 bilik), Unit Penthouse (6 bilik)
2.Rumah Banglo Mewah di Bukit Tunku, KL
Harga: RM35 juta
Keluasan: 18,000 kaki persegi
8 bilik tidur, 10 bilik air, kolam renang, gimnasium, taman luas
3.Kondominium Mewah di Mont Kiara, KL
Harga: RM12 juta
Keluasan: 6,000 kaki persegi
5 bilik tidur, 6 bilik air, pemandangan panoramik, kemudahan mewah
4.Villa Mewah di Langkawi
Harga: RM20 juta
Keluasan: 10,000 kaki persegi
6 bilik tidur, 8 bilik air, kolam renang infiniti, akses pantai persendirian
5.Rumah Banglo Selebriti di Shah Alam
Harga: RM15 juta
Keluasan: 12,000 kaki persegi
7 bilik tidur, 9 bilik air, studio rakaman, pawagam mini, kolam renang
6.Pangsapuri Mewah di Desa ParkCity, KL
Harga: RM8 juta
Keluasan: 4,000 kaki persegi
4 bilik tidur, 5 bilik air, kemudahan smart home, pemandangan taman
KENAPA HARGA RUMAH INI SANGAT MAHAL?
1.Lokasi: Rumah yang terletak di kawasan tumpuan utama seperti KLCC, Mont Kiara, atau kawasan berhampiran pusat perniagaan biasanya lebih mahal.
2.Kemudahan: Rumah dengan kemudahan seperti kolam renang peribadi, gimnasium, dan landskap yang indah sering mempunyai harga yang lebih tinggi.
3.Reka Bentuk dan Saiz: Rumah yang lebih besar dengan reka bentuk yang eksklusif dan moden akan lebih mahal. Reka bentuk yang unik atau bersejarah juga boleh meningkatkan harga.
4.Kedudukan dan Pemandangan: Pemandangan yang menakjubkan, seperti pemandangan laut atau bandaraya, boleh menaikkan harga rumah.
*Masih ternganga melihat harga-harga kediaman ini. Harap dimurahkan rezeki juga untuk menggapai impian memiliki aset sebegini walaupun tinggi melangit untuk dicapai…
Baca juga: 5 Adab Sebelum Mendiami Rumah Baharu, Azan 4 Penjuru Paling PENTING Elak Jin ‘Tumpang’
Sumber: iProperty, Rumah Kabin