Design bumbung rumah sebaiknya jangan main pilih asal cantik di mata sahaja. Pentingnya ia dipilih berdasarkan material dan ciri-cirinya mengikut kesesuaian tempat.
Bumbung atau atap begitu penting dalam pembinaan sesebuah bangunan, ianya ibarat penutup dan pelengkap kepada sebuah binaan agar terlindung dari cuaca selain, memberi jaminan keselamatan. Jenis bumbung yang dipilih pula bergantung kepada pelbagai faktor seperti yang dikongsikan oleh Lee Wai Wan ini.
Baca juga: Cara Pantas Bersihkan Saluran Sinki Tersumbat & Kotor, Baru Tak Ada Bau!
DESIGN BUMBUNG RUMAH
Siri 3: Jenis-jenis bumbung
Bumbung di dalam pasaran ada pelbagai jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian, bajet serta kekukuhan bangunan itu menampung berat bumbung seperti di bawah.
Sebelum anda memilih setiap jenis bumbung yang disebut seperti gambar di bawah, anda perlu selidiki harga serta spesifikasi seperti ketebalan, ketahanan, berat, tahap pengurangan panas, kadar bunyi bising semasa hujan serta kecuraman rangka bumbung yang sesuai.
Tips lain yang amat penting adalah mencari tukang atau kontraktor yang memang bidangnya membina bumbung agar poket anda selamat, tidur dengan nyenyak serta kepala tidak pening di kemudian hari.
ANTARA 6 JENIS BUMBUNG-BUMBUNG UTAMA:
1. Atap genting
- Concrete Roof Tiles (Atap Genting Konkrit).
- Clay Roof Tiles (Atap Genting Tanah Liat).
2. Atap gajah
3. Bumbung Corragated
- Zink.
- Fibre Cement (aka Asbestos).
- Vinyl (PVC).
- Cellulose Fibre + bitumen.
- Polycarbonate Transparent (Atap cerah).
4. Metal deck
- Profile standard.
- Profile step roofing.
- Profile Clip-Lock.
- Profile standard + OPP metalised film.
5. PU metal deck
- PU PVC.
- PU Metal.
- PU Aluminium.
6. Shingles
Gambar: Sumber dari Google.
Sumber: Facebook Lee Wai Wan via Tukang Apa Hari Ini
FT Image: engineeringcivil