Bila mempunyai rumah yang usang, kebiasaannya tuan rumah lebih memilih untuk merobohkannya dan kemudian membina rumah baru. Namun, tidak pula bagi lelaki ini yang ingin mengekalkan struktur rumah usang dimilikinya dengan membuat beberapa proses mengubah suai.
Melalui perkongsian saudara Tuah Cendana, rumah usangnya telah diubah suai dengan berkonsepkan Boho Scandinavian untuk memberi inspirasi kepada mereka yang memiliki rumah usang atau rumah warisan lama. Terbaik! Jom ikuti perjalanan transformasi rumah usang ini.
BOHO SCANDINAVIAN SI RUMAH USANG
Beberapa tahun lalu saya ada bertanya dalam group mengenai cadangan untuk membaik pulih rumah usang. Terima kasih dengan maklum balas dan nasihat. Akhirnya projek gila ini diteruskan.
Saya nak kongsikan journey rumah ini untuk beri inspirasi pada mana-mana yang ada rumah usang atau rumah warisan lama.
“Runtuh sahaja rumah ini, senang buat baru terus”, itu kata kata yang biasa saya terima dari pelawat dan kontraktor. Tapi naluri kuat untuk terus mengekalkan struktur asal rumah ini.
Projek ini bermula sejak penghujung May 2022. Terima kasih kepada kontraktor yang sanggup menyahut cabaran impian gila saya! Ya memang gila sebab nak transform rumah usang ke rumah konsep loft bersiling tinggi.
PERUBAHAN YANG DILAKUKAN TANPA MEROBOHKAN STRUKTUR ASAL RUMAH USANG TERSEBUT
Sebahagian lantai tingkat atas dibuka untuk menjadikan rumah konsep siling tinggi untuk meningkatkan pengudaraan.
Kayu kayu reput diganti dan tingkap-tingkap ditukar dengan tingkap cermin untuk meningkatkan pencahayaan semula jadi.
Cabaran utama adalah pembinaan kolam sebab tanah di kawasan sangat berair dan kawasan yang sempit untuk jentera masuk. Masuk pula musim hujan menyebabkan air bertakung dan berlumpur.
Masuk segment mendeko. Rujukan utama adalah dari Pintrest sambil berangan. Ye, berangan itu sangat penting tuan puan hihi. Konsep rumah adalah Boho Scandinavian.
Taman-taman di luar hanya guna kaktus sebagai penyeri sebab malas nak maintaince. Inspirasi dari Pintrest juga.
Setelah 6-7 bulan bertungkus lumus, akhirnya siap sepenuhnya. Stresss dan sangat penat tapi hasilnya sangat memuaskan. Terima kasih pada kontraktor saya. Jika ada area Perak nak gunakan khidmat beliau sangat recommended.