Famili

#ProjekMimpi: ‘Rumahku, Rakitku’- Rumah Kelong Berjaya Terapung Semasa Banjir Jadi Inspirasi!

30
SHARES

Pemilik rumah, A Bakar Che Ahmad, yang berbekalkan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia telah menghasilkan sebuah rumah bersaiz 70 kaki persegi dan setinggi 5.8 meter serta mampu terapung daripada dilanda banjir besar di Kampung Terbak Batu 16, di sini.

Dikenali sebagai Pokwe, 67, berkata, hasil sentuhan kreatif seni bina rumah terapung itu diinspirasikan daripada ‘reban ayam terapung’ yang dibinanya pada 2019.

Baca juga: “Phatta Bukan Muslim, Tapi Dia Tunjuk Maksud Sebenar Amanah Bekerja”- Lelaki Ini Sedih Cleaner Ofis Meninggal Dunia

‘RUMAHKU, RAKITKU’ POKWE

Gambar: Zulfadhli Zulkifli – BERNAMA

‘Rumahku, Rakitku’ merupakan nama yang diberi dan siap dibina pada 16 September lalu.

Pokwe yang juga bekas pembuat alatan tajam berkata, ini kali pertama kediamannya berjaya diapungkan sekali gus menyelamatkannya sekeluarga daripada banjir.

“Rumah ini mengambil masa dalam tiga bulan lebih (untuk dibina)… rumah ini mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air, manakala ia juga boleh menampung seberat 15 tan metrik,” katanya kepada Bernama di kediamannya, pada Rabu.

Gambar: BERNAMA

Katanya lagi, sebelum rumah itu siap dibina, beliau sering terkesan dengan banjir di kawasan terbabit sejak tujuh tahun lepas. Malah, rumah itu dibina hasil titik peluh ahli keluarganya yang terdiri daripada tujuh anak serta menantunya.

“Saya sudah duduk di sini selama tujuh tahun, hanya satu tahun sahaja pada 2016 rumah kami tidak ditenggelami banjir.

“Sebelum ini, saya tidak berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara), saya hanya duduk di rumah saya yang lain… ia tidak jauh dari sini,” ujarnya.

Gambar: BERNAMA

Sementara itu, Pokwe hampir tidak percaya bahawa satu hantaran video mengenai rumahnya yang dirakam oleh seorang anaknya menerusi aplikasi TikTok meraih perhatian netizen di media sosial.

“Saya sangat gembira kerana ada yang memberi komen positif terhadap video tersebut, saya suka berkongsi kepada orang ramai supaya mereka juga turut mendapat idea untuk menyelamatkan rumah mereka.

“Saya juga sudi untuk tunjuk bagaimana kaedah pembuatan rumah ini tetapi saya buat ini lebih kurang sahaja. Kalau mereka (orang ramai) ingin buat lagi kukuh… saya boleh ajarkan,” katanya.

“MASA PAKCIK NI BUAT RUMAH, DULU RAMAI YANG EJEK KONONNYA HANYUT…” NETIZEN

Sementara itu baru-baru ini, sebuah video telah tular dari laman Tiktok @jimat_fishing2 yang memaparkan sebuah rumah kelong yang terapung dan terselamat dari banjir di Chukai, Terengganu.

Dalam video berkenaan difahamkan, ia merupakan rakaman yang dibuat si anak menunjukkan rumah bapanya tidak ditenggelami dalam banjir sambil memperlihatkan Pokwe yang tersenyum berada di dalam rumah itu.

Meninjau di ruangan komen pula, ada sebilangan netizen yang menyatakan sewaktu pembikinan awal rumah ini Pokwe telah mendapat reaksi yang tidak memberangsangkan seperti pertikaian dan ejekan dari sebilangan umum.

“Masa pakcik ni buat rumah dulu..ramai yang ejek kononnya rumah hanyut sampai ke Thailand dan lain-lain tempat. Akhirnya pakcik berjaya buktikan yang pakcik bijak,” komen netizen.

“Rumah ni pernah viral tetapi diejek oleh sesetengah orang, tapi tengoklah hasilnya sekarang Alhamdulillah,” kata seorang netizen.

“Mula buat memang orang pertikai macam-macam tapi bila dah ada hasil baru orang nampak,” kata netizen lain.

IDEA RUMAH YANG WAJAR DIJADIKAN INSPIRASI KEPADA PENDUDUK YANG SERING DILANDA BAH

Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan netizen memberikan reaksi rasa kagum dan kata pujian atas kebolehan dan kebijaksanaan Pokwe. Malah, ada yang menyatakan idea rumah Pokwe wajar dijadikan inspirasi kepada penduduk di kawasan darat yang sering dilanda bah.

“Rumah kelong memang lama dah orang pakai, terutama yang tinggal dekat atas sungai. Yang bestnya, pakcik ni yang first buat atas darat. Time banjir memang terangkat rumah tu,” komen netizen.

“Rumah ni dah boleh jadi modal contoh kepada mereka yang sering mengalami banjir. Terbaik pakcik,” komen netizen lain.

“Ayah dia memang dianugerahkan dengan kebijaksanaaan dan kebolehan menyelesaikan masalah,” kata seorang netizen.

“Kos rumah ni 50k kan.. Pernah viral, makcik tu cakap berserah pada Allah. Alhamdulillah, niat baik Allah permudahkan,” kata netizen lain.

@jimat_fishing2 Membalas kepada @jimat_fishing2 rumah kelong berjaya terapung.. semoga menjadi inspirasi pada org ramai…😊.. #rumahkelong #rumahterapung #berjaya #jimatfishing #zaliefishing #fyp #fypシ #fypシ゚viral #allahyangpunya ♬ bunyi asal – tututututu – Katak gemoy

Sumber: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×