Famili

#Projek Mimpi: Isteri Hebat Ini Nak Bantu Suami OKU Kerja Angkut Sampah Ada Troli Khas!

116
SHARES
kekuatan seorang suami

“Di sebalik kekuatan seorang suami, pasti ada sokongan isteri yang menjadi tulang belakangnya.” Begitulah madah indah yang sesuai digambarkan buat pasangan suami isteri, Amran Karno (46) dan Maryam Elyas (47).

Maryam mempunyai hasrat yang besar buat suaminya. Di mana, wanita ini ingin mempunyai troli khas roda tiga untuk memastikan pekerjaan Amran yang mengutip sampah di kawasan apartment mereka berjalan dengan lebih lancar. Di tambah pula, dengan keadaan fizikal suaminya yang telah dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Baca juga: #ProjekMimpi: Hasil Kebun Berbuah Lebat, Wanita Pasang Hajat Nak Ada Sistem Fertigasi!

KEKUATAN SEORANG SUAMI OKU, ADA ISTERI HEBAT DI BELAKANG

Gambar: Wajah bahagia Amran Karno dan Mariam Elyas bersama 2 anak mereka.

Impian murni Maryam ini telah dikongsikan sendiri oleh dirinya kepada penulis melalui #ProjekMimpi anjuran Sirap Limau yang bermula pada November lalu.

Menurut Maryam, suaminya telah terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang berhenti di lampu isyarat, pada 1 Syawal tahun 2000. Di mana, Amran yang bekerja sebagai penghantar pizza ketika itu telah dilanggar sebuah kereta oleh seorang lelaki yang dalam keadaan mabuk.

Kesan daripada kemalangan tersebut telah menyebabkan Amran diisytiharkan sebagai OKU kategori fizikal. Tambah Mariam, tubuh Amran banyak bergantung atas kaki kirinya untuk bergerak, ekoran keadaan kaki kanan yang sudah tidak mempunyai deria rasa.

kekuatan seorang suami

Gambar: Keadaan kaki Amran selepas kemalangan.

“Kulit kaki dia hitam. Kulit dah mati dan tak ada deria rasa pada bahagian kaki dari lutut ke bawah.

“Kalau dilihat dari mata kasar, tak nampak sangat kecacatan dia. Nampak macam normal sebab berseluar panjang dan jalan tak nampak tempang. Tapi boleh tengok keadaan kaki dia kecil sebelah. Ada lekuk-lekuk bekas masuk besi, kena tebuk. Kaki dia tak boleh bengkok. Kalau solat pun nampak la kaki dia tak boleh bengkok,” cerita Maryam.

Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!

Kad OKU bukan penghalang untuk Amran mencari rezeki buat keluarga

Namun kekurangan diri pada Amran tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki halal buat keluarga dengan mencipta pekerjaan buat dirinya sendiri iaitu membuat servis mengangkut sampah di tempat tinggal mereka.

kekuatan seorang suami

Gambar: Poster iklan servis angkut sampah yang dihebahkan di kawasan apartment mereka.

“Servis ini dah dibuat sejak 2015 dulu atas keizinan pihak pengurusan apartment kami. Dia (Amran) kutip sampah penduduk yang ambil servis buang sampah, kemudian buangkan sampah itu di rumah sampah di hujung apartment. Servis ini bantu masalah penduduk yang susah nak buang sampah sendiri.

“Saya (Maryam) rasa kasihan tengok suami guna troli yang diubah suai menggunakan troli angkut barang, kemudian dililit dengan jaring. Troli barang tayarnya kecil dan dia perlu tarik troli itu sekuat tenaga terutama bila nak ke rumah sampah. Ini kerana jalan tar yang tidak rata menyukarkan dia untuk tarik troli yang beroda kecil,” ujar Maryam kepada penulis Sirap Limau.

kekuatan seorang suami

Gambar: Troli angkut sampah yang diubah suai oleh Amran untuk mencari rezeki halal buat keluarganya.

Kisah yang penuh inspirasi ini tidak berhenti di situ, menurut Maryam lagi, dia amat berasa bangga melihat ketekunan suaminya yang melakukan servis tersebut, terutama sewaktu dunia dilanda COVID-19.

“Cuma satu yang membanggakan saya adalah masa waktu COVID dulu, ramai sangat orang apartment yang perlukan khidmat buang sampah daripada suami. Masa itu, kalau positif COVID kena kuarantin 14 hari. Jadi, mereka ini tak boleh keluar rumah langsung dan servis suami sayalah yang bantu buangkan sampah. Kalau tak, memang pesakit kena duduk dengan sampah sebab tak boleh keluar rumah kan,” kongsi ibu kepada 2 orang anak ini.

Baca juga: #ProjekMimpi Jejaka OKU Penglihatan, Celik IT Dikagumi Ramai, Satu Dalam Sejuta!

Impian murni isteri memiliki troli khas angkut sampah buat kemudahan sang suami bekerja

Lantaran itu, isteri hebat bernama Maryam Elyas berimpian untuk mempunyai troli khas angkut sampah yang mempunyai brek kerana jalan menuju ke rumah sampah mempunyai ramp yang curam. Tanpa fungsi brek, Amran perlu tahan menggunakan kaki dan langkah tersebut agak membahayakan fizikalnya.

Gambar: Troli khas angkut sampah yang dikongsikan Maryam ini terdapat di China, dianggarkan mencecah ribuan ringgit termasuk kos penghantaran.

Troli khas angkut sampah mempunyai ciri-ciri fungsi yang bagus seperti ringan, brek keselamatan, tahan karat, tayar besar supaya mudah dikawal dan struktur kukuh untuk angkut berat, namun harganya hampir mencecah ribuan ringgit. Ulas Maryam lagi, mereka berdua tidak mampu untuk memilikinya lagi buat masa ini.

Semoga niat murni Maryam Elyas yang ingin memudahkan urusan suaminya mencari rezeki buat mereka sekeluarga, menjadi kenyataan! Sekali gus, ia dapat menambah semangat seorang OKU untuk terus bekerja dan membuat pendapatan.

Tonton video penyertaan #ProjekMimpi finalis Maryam Elyas di sini.

Baca juga: #ProjekMimpi: Tanpa Kita Sedar, Ini 10 Sebab Diri Sering Diuji Dengan Kemiskinan..

FT Image: Maryam Elyas

– Artikel ini adalah hasil dari temu bual eksklusif bersama finalis Projek Mimpi anjuran Sirap Limau. –

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×