Famili

#ProjekMimpi: Wanita Dikagumi Ikat Sendiri Bata Bina Rumah, Kemas Macam Pro!

77
SHARES
wanita hebat

Baru-baru ini telah tular sebuah video di laman sosial, berkenaan seorang wanita hebat yang begitu tangkas dalam menyelenggara peralatan bertukang telah meraih pujian dalam kalangan netizen yang menontonnya. Wanita itu dipuji ramai gara-gara mengikat sendiri bata untuk binaan rumah tanpa mengupah pekerja mahir. Sungguh menginspirasikan!

Baca juga: #ProjekMimpi Jejaka OKU Penglihatan, Celik IT Dikagumi Ramai, Satu Dalam Sejuta!

WANITA HEBAT

wanita hebat

Pemilih akaun TikTok bernama Wani Faizun ini, difahamkan gemar menonton video bertukang dan hanya belajar di Youtube mengenai ilmu pertukangan kayu.

Malah, apa yang menariknya wanita ini merupakan graduan lepasan Diploma Dakwah dan Pengurusan daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS). Beliau membuktikan kerana minat dan kesungguhan menyebabkan dia menjadi seorang yang mahir walaupun belum memiliki sijil profesional berkaitan seni bina.

@wanifaizun PART 1 : Dinding Dapur ✅ #diy #smallhouse #rumah #rumahkoi21 #fyp #fypシ #fypage ♬ Yang Penting Halal – Wali

Selain itu, beliau dikatakan bekerja sebagai guru Quran dan fardu ain di asrama. Bertukang merupakan kerja sambilannya di waktu pagi dan memiliki bengkel mini di tepi rumahnya bagi menjalankan bisnes kayu secara kecil-kecilan. Kagum!

Menerusi videonya, difahamkan oleh kerana bajet yang terhad beliau mengambil keputusan untuk bancuh sendiri simen dan mengikat bata mengikut kemampuannya.

Tetapi hasilnya sangat mengagumkan, kemas macam pekerja berpengalaman!

 

@wanifaizun Replying to @nafi_nice31 ♬ original sound – Wanifaizun

Puan Wani turut menunjukkan tutorial menyediakan papan acuan ikat bata yang dibuat sendiri. Peralatan pertukangan memang serba serbi lengkap disebabkan bisnes kayu kecil-kecilannya dan dikumpulkan sedikit demi sedikit sejak tujuh tahun lalu.

Baca juga: #ProjekMimpi: Mak Ayah Dipuji Ajar Anak Buat Kerja Rumah, Pandai Gosok Baju Sekolah Sendiri!

“KALAU MACAM INI HANTARAN 50K PUN BELUM TENTU CUKUP” – NETIZEN

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat netizen yang memuji kehebatan wanita ini sehingga meletakkan harga hantaran yang selayaknya buat beliau dari 20 ribu hingga 50 ribu. Memang layak pun!

Selain itu, ramai yang memuji hasil beliau yang sangat memuaskan dan kelihatan begitu kemas dari tukang mahir.

Tambahan pula, ramai yang begitu terinspirasi dengan wanita hebat ini. Perkara baik dan memberikan manfaat apa salahnya menjadi ikutan, betul tak?

@wanifaizun Replying to @Ahnaf Nazih ♬ Yang Penting Halal – Wali

Baca juga: Anak Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Sebab Rumah Jauh, Ibu Tak Kisah Demi Bentuk Jati Diri

Sumber: TikTok wanifaizun

FT Image: Wani Faizun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×