Peralatan asas rumah atau basic tools semestinya wajib ada di setiap rumah. Hal ini kerana, ia dapat menyelesaikan isu keperluan di rumah anda seperti membaiki kerosakan atau memasang perabot.
Terutama jika anda dalam keadaan terdesak di tengah malam, mana nak tunggu tukang pakar lagi. Jadi, alangkah bagusnya, kalau anda memiliki 11 peralatan asas rumah ini. Jom lihat senarainya di bawah!
Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!
PERALATAN ASAS RUMAH
1. Spanar
Spanar digunakan untuk menggantikan kepala paip mandi yang bocor atau memasang paip baru. Anda boleh cari spanar bercirikan:
- Jenis spanar boleh laras atau set spanar yang berkualiti baik
- Tidak terlalu halus dan licin
- Besinya padu agar lebih mudah menetapkan spanar pada tempat diinginkan
2. Rivet
Rivet merupakan pengikat yang bagus. Kegunaannya adalah pada barangan yang tidak akan dibuka semula seperti rak meletak pasu dan sebagainya. Ia juga lebih susah dibuka, namun lebih kuat dan tidak mudah terbuka atau longgar.
Pastikan:
- Saiz senapang rivet dan rivet bersesuaian dengan permukaan yang diikat.
- Senapang rivet yang terlampau kuat akan merosakkan permukaan ikatan hingga boleh memecahkan simen.
3. Pita pengukur
Alatan ini pula digunakan untuk mengukur sesuatu seperti benda yang panjang iaitu kayu, paip dan sebagainya.
Pastikan:
- Berhati-hati menggunakan bilah pita pengukur kerana diperbuat daripada aluminium
- Tepi bilah pita pengukur boleh mencederakan jika hujung pita terlepas dan tertutup dengan tidak sengaja
Baca juga: Guna Tuil PEMEGANG Lebih Praktikal Dari Tombol Pintu, Doktor Rehab Kongsi Fakta!
4. Drill tanpa wayar (Chordless)

Gambar: freepik
Chordless merupakan alatan yang mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya, membuka ikatan pelbagai jenis skru. Satu chordless mempunyai pelbagai mata yang boleh dipasang pada muncungnya dan memudahkan kerja dengan cepat.
5. Pemutar skru pelbagai mata
Pemutar skru yang biasa dikenali ialah pemutar skru mata philip atau bunga, dan pemutar skru matara rata atau flat. Terdapat pelbagai lagi jenis mata skru dan setiap skru mempunyai saiz dan pemutar skru yang sepadan.
Jadi, beli set pemutar skru mata boleh laras untuk menukar mata pemutar skru mengikut jenis dan saiz yang sesuai.
6. Tukul
Seterusnya, tukul ialah alat asas yang boleh digunakan untuk pelbagai tugas, daripada menggantung gambar hingga membina perabot.
7. Gerudi
Gerudi pula berkuasa dan berguna untuk menggerudi lubang pada dinding atau kayu, yang diperlukan untuk memasang rak, batang langsir dan barang lain.
Baca juga: Bukan 1 Atau 2, Tapi Ada 10 Jenis Pisau Dapur & Fungsinya Anda Kena Tahu!
8. Pisau utiliti

Gambar: myrokan
Pisau utiliti berguna untuk memotong kadbod, plastik dan bahan lain
9. Gergaji
Gergaji tangan atau gergaji kuasa diperlukan untuk memotong kayu atau bahan lain untuk projek DIY atau pembaikan rumah.
10. Penguji voltan
Penguji voltan adalah penting untuk memeriksa sama ada litar elektrik hidup atau tidak.
11. Sepana Allen (Allen wrenches)
Ia juga dikenali sebagai kunci hex, sepana Allen digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan bolt dan skru yang mempunyai soket heksagon.
Selain basic tools di atas, terdapat lagi banyak peralatan asas rumah yang anda perlukan. Pentingnya ada perkakasan yang asas ini supaya dapat memudahkan urusan di dalam rumah anda kelak!
Baca juga: Alamak! Muncul ‘Error Code’ Pada Mesin Basuh? Ini Maksud & Cara Baiki
Sumber: Kelab Mama / MyRokan
FT Image: jcomp / racool_studio