Deko & Hias

Hiasan Dinding Raya DIY Stail ‘Wall Mirror’, Confirm Mata Tak Lepas Tengok Diri Sendiri!

2
SHARES
hiasan dinding raya

Ya, sudah tiba masanya seluruh keluarga Muslim sedang bersedia untuk menyambut bulan Syawal yang bakal diraikan lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi. Pastinya kini, ramai yang sedang menghiasi rumah dengan pelbagai idea kreatif dan tidak ketinggalan juga hiasan dinding raya.

Masih belum terlambat lagi untuk anda mencantikkan rumah. Hal ini kerana, penulis ingin kongsikan idea DIY berkenaan ‘wall mirror’ atau dinding bercermin yang pastinya akan memperlihatkan rumah anda lebih elegant dan mewah. Confirm mata tak jemu memandang!

Baca juga: DIY Kusyen Kerusi Kayu Guna Balutan Ini, Bila Kotor Tinggal Lap Sahaja Semudah 123!

HIASAN DINDING RAYA

hiasan dinding

Korang yang nak cantikkan dinding rumah sempena raya nanti boleh guna tips ini. 

D.I.Y DINDING BERCERMIN

BAHAN-BAHAN PROJEK WALL MIRROR:

hiasan dinding

Gambar kiri: Kayu border; Gambar kanan: Kayu bingkai cermin.

  • Kayu wainscoting sediakan 2 pattern (untuk bingkai cermin dan untuk border). Bahagian border guna saiz besar untuk nampak lebih mewah.
  • Cermin bevel edge 12 keping saiz 10 x 16 inci.
  • Gam kayu x-bond.
  • Latex sealant.
  • Masking tape.
  • Cat jotun majestic brown kod 1623.

LANGKAH-LANGKAH MENGHIAS DINDING BERCERMIN

LANGKAH 1

Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai cermin) yang diperlukan.

LANGKAH 2

Jarak antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci sahaja. Jarak jangan lebih dari 5 inci, tak cantik.

LANGKAH 3

Pilih saiz kayu yang bersesuaian. Saya guna kayu untuk bingkai cermin saiz 20 x 33 mm dan untuk border saiz 22 x 70 mm.

LANGKAH 4

Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar untuk mendapatkn sudut cantuman 45° yang tepat bagi setiap sudut bingkai. Gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian.

LANGKAH 5

hiasan dinding

Gambar: Cermin bevel edge.

Cantumkan batang kayu menjadi bingkai dan tampal cermin dalam bingkai. Nak tampal cermin dulu, kemudian buat bingkai pun boleh.

LANGKAH 6

Gam perlu dibuat dengan teliti supaya tidak senget.

LANGKAH 7

Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul-betul melekat. Lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering.

LANGKAH 8

hiasan dinding

Kayu border perlu dipotong dalam bentuk arrow. Contoh kayu yang siap dipotong boleh rujuk dalam gambar di atas. Kemudian tampal. Ulang langkah 6 dan 7.

LANGKAH 9

Isi ruang kosong (rongga-rongga kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas.

LANGKAH 10

Cat keseluruhan dinding dan kayu untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat jotun majestic sheen (kilat).

Dah siap! Semoga bermanfaat. Selamat mencuba. Hasilnya memang awesome. Just sharing.

Sumber: Pembekal Kayu Wainscoting via Kelab Deko Bajet Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×