Deko & Hias

Jangan Buang Langsir Lama! Ini DIY Cara Mudah Tebuk Eyelet Ring Pada Langsir

21
SHARES

Dekat rumah anda, mesti ada banyak kain langsir lama tak pakai kan? Sekiranya ada lagi kain langsir lama yang masih elok, apa kata anda buat langsir eyelet.

Tak ada lubang pada langsir tersebut? Jangan risau, penulis kongsikan cara-cara mudah bagaimana nak buat lubang eyelet ring pada langsir itu. Ini merupakan cara DIY yang dikongsikan oleh Puan Dura. Jom ikuti caranya di bawah!

Baca juga: Jangan Salah Pilih Bumbung, Selidik Dulu Jenis & Faktornya Supaya Tak Menyesal!

LANGSIR LAMA JANGAN BUANG, BOLEH ‘ADJUST’ LAGI

Cara-cara tebuk langsir eyelet.

Nah belanja hampa cara-cara nak buat tebuk bulat langsir ni. Langsir lama yang ketinggalan zaman pun hampa tebuk ja, dah jadi baru. Tak payah pergi upah tebuk dekat kedai, tebuk sendiri saja hehehe.

CARA MUDAH TEBUK BULAT EYELET PADA LANGSIR

BARANG DIPERLUKAN:

  • Eyelet ring langsir
  • Pembaris
  • Gunting
  • 2 marker pen (berbeza warna)

LANGKAH-LANGKAH:

1. SUSUN EYELET RING DI ATAS HUJUNG BAHAGIAN KEPALA LANGSIR

Letak eyelet ring untuk ukur bagi sama rata. Tak ada ukuran untuk letak ring sebab bidang kain tak sama, cuma untuk bidang 60 you all letak 8 keping ring sahaja. Ukur agak-agak, tak sama sikit-sikit kira halal je. 

2. GUNA MARKER PEN UNTUK TANDA BULATAN EYELET

Bulatkan dengan marker pen. 

3. HASIL SELEPAS DITANDA

Macam ini…

4. TANDA TEPI BULATAN BERJARAK 1/4 INCI DENGAN WARNA LAIN

Selepas itu, tanda tepi 1/4 inci. Tanda untuk kita gunting sat lagi.

5. GUNA GUNTING DENGAN CARA SEPERTI DI GAMBAR

Guna gunting macam ini. Senang nak tikam, hujung dia tajam sangat-sangat dan jaga-jaga jari.

6. GUNTING PADA TANDA 1/4 INCI TADI

Kasi tikam dia.

7. HASIL SETELAH DIGUNTING

8. BELAH EYELET RING GUNA PISAU TUMPUL

Belah ring tu guna pisau. Jangan guna pisau baru, guna pisau lama yang tidak tajam okay.

9. EYELET RING BAHAGIAN TAJAM LETAK DI ATAS

 

Letak bahagian eyelet ring yang tajam dekat atas.

10. LETAK EYELET RING TIDAK TAJAM DI BAWAH LANGSIR

Bubuh bagi betul-betul. Kalau tak betul, gunting sikit-sikit lagi bagi masuk dalam bulatan tu.

11. TEKAN EYELET RING KEDUA-DUA BAHAGIAN DENGAN TANGAN

Tepuk dengan tangan saja, puk puk bagi betul-betul. 

DAH SIAP!

Siap! Mudah kan? Buat sendiri saja hehehe. 

Sumber: Facebook Dura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×