Deko & Hias

Tombol Pintu Sentiasa Terkunci? Guna Cara Ini Barulah Tak Selalu Terkurung!

75
SHARES

Kebanyakan dari anda mesti pernah mengalami situasi tombol pintu terkunci bukan? Bermacam-macam cara digunakan seperti guna kad, pembaris dan pemutar skru untuk membukanya, malangnya masih tidak berhasil. Nak tak nak terpaksa keluarkan sedikit duit untuk panggil tukang kunci.

Namun, tahukah anda sebenarnya tombol pintu mempunyai 2 ‘mode settings’ iaitu normal dan sentiasa kunci seperti yang dikongsikan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib. Dia menyatakan setting ini kebanyakan ada pada tombol pintu yang ada punat kunci.

Malah, dia turut berkongsi bagaimana cara untuk menukar setting supaya anda tidak selalu terkunci. Jom baca di bawah!

Baca juga: Rupanya Ini Cara Tapis Air Karat Dalam Mesin Basuh, Baju Putih Pun Selamat!

TOMBOL PINTU SENTIASA TERKUNCI? GUNA CARA INI BARULAH TAK SELALU TERKURUNG!

Gambar hiasan: United Locksmith

Tombol pintu sentiasa terkunci?

Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

RUPANYA KUNCI PADA TOMBOL PINTU ADA 2 ‘SETTINGS’

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:

1. Keadaan sentiasa kunci, dan

2. Keadaan Normal.

CARA MENUKAR MODE SENTIASA KUNCI KEPADA MODE NORMAL & SEBALIKNYA

1. Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci.

2. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

SETTINGS INI DIGUNAPAKAI PADA TOMBOL PINTU YANG ADA PUNAT KUNCI

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci. Kadang-kadang, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.

Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.

Sekian. Assalam.

Sumber: Facebook Rusyaidi Husni Abdul Latib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×