Famili

Ibu Ini Kongsi Detik Cemas 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Bersama Anak-Anak!

36
SHARES

Kisah terkurung dalam tandas bukanlah hanya insiden yang berlaku ketika kita masih kecil sahaja. Hal ini kerana, orang dewasa atau sesiapa sahaja boleh terlibat dalam insiden terkurung dalam tandas gara-gara terkunci dari dalam. Menjadi salah satu pengalaman yang mengerikan dalam hidup, ibu ini turut berkongsikan pengalaman terkurung dalam tandas bersama anak-anaknya.

Selama tujuh jam terkurung, dia berkongsikan segala cara yang telah dilakukan dan caranya untuk menenangkan anak-anak supaya tidak gelisah. Memang cuak ya bila terkurung dalam tandas dan tidak membawa telefon bimbit bersama-sama. Tujuh jam pula tu!

TERKURUNG DALAM BILIK AIR 7 JAM BERSAMA ANAK-ANAK

Insiden ini dikongsikan bersama beberapa cara yang digunakan olehnya bagi menenangkan anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu ini juga telah menggunakan beberapa cara supaya pintu terkunci dapat dibuka.

Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat. Semalam terkurung dalam bilik air dengan anak-anak selama 7 jam lebih. Paling risau kan anak-anak, sampai biru kecut tangan kaki. Cara kita org nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.

Masa tersedar terkunci dari dalam, cuba untuk tenangkan diri sebab kita sejenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble. Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol. Segala usaha sia-sia. Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa plak menyusu je…..sampai tahap kita dah hypo… dh lemah rasa nak tidur, rasa mcm nak tutup je mata.

SUAMI CARI ANAK DI SEKOLAH PUN TAK ADA…

Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, kita basuhlah toilet, bila dah hujung-hujung tak tau masa tu pukul berapa dah rasa tak kuat tapi tengok anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk tombol…. masih sia-sia.

Bila Mikayla cakap “Im cold” sebab mikayla sejenis kalau tidur dalam aircond taknak selimut sebab dia suka sejuk… tapi kalau dia cakap “dah sejuk” luluhnya hati…. dia siap tanya kenapa tangan dia warna putih….. tangan kaki dia dah kecut. Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak seen wassap & tak jawab phone…. pukul 4.30 dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.

Alhamdulillah..Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone kemana sahaja.

P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati-hati, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sadis sebab dalam bilik air…. kalau dalam bilik mungkinlah kita boleh terajang. Maaflah ayat bercelaru sebab anak-anak bangun tidur pun menangis je.

Sumber: Safra Hussein

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×