Deko & Hias

DIY Almari Tudung Isteri Boleh Muat 100+ Helai, ‘Hanger’ Pun Tak Patah Dah!

76
SHARES
diy almari tudung

Wanita dan tudung memang tidak boleh berpisah dan tidak dinafikan koleksi tudung sentiasa lebih banyak mengalahkan koleksi pakaian yang ada. Disebabkan itu, bagi menyelamatkan penyangkut baju daripada patah lagi, penulis ingin kongsikan diy almari tudung.

Encik suami kalau bina almari ini sebagai hadiah dekat isteri tersayang, confirm berbunga-bunga hati kembang semangkuk puan isteri sepanjang tahun! Idea ini telah dikongsikan oleh saudara Mohd Khairizan Reduan. Di mana, almari tudung ini boleh memuatkan sebanyak 142 helai tudung. Wahhh, banyak betul!

Baca juga: Panduan Isi Angin Tayar Di Pam Minyak, Yang Tak Berani Pam Sendiri, Boleh Ikut Cara Ini

DIY ALMARI TUDUNG

diy almari tudung

Hasil almari tudung yang dah siap sebelum dan selepas meletakkan tudung.

Alhamdulillah. Siap dah almari tudung Ummi Yusuf. Tiru-tiru projek orang, nak buat sliding tak pandai. Buat cara biasa sahaja, janji berfungsi dengan baik. Material kayu pine dan OSB board. Mudahan tahan lama lah.

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN ALMARI TUDUNG DIY

diy almari tudung

OSB board siap potong di kedai. Kemudian, cat siap-siap dan baru bawa ke atas untuk dipasang. Hati-hati sebab ia berat.

diy almari tudung

Pintu almari boleh letak frame untuk menyerikan sikit dan sapukan vanish ala kadar.

diy almari tudung

Dah siap untuk dipasang dan yang ini untuk badan almari.

Seterusnya, boleh pasangkan roda supaya mudah nak alihkan kelak. Maka, siap lah bahagian badannya.

Boleh lah pasang pintu dan berat ya pintunya. Terpaksa ikat badan almari ke dinding guna L bracket.

Jangan lupa tebuk lubang untuk sangkut rod kayu. Saya gunakan rod kayu sahaja sebab besi/aluminium mahal. Saiznya kecil sikit dari kayu penyapu.

Balut rod dengan foil kalau malas nak cat.

Ini hasil dah siap pasang susunan rod di bahagian belakang. Ada dua layer kelak sebab tudung isteri banyak.

Jangan lupa pasang handle almari tudung, yang simple pun cantik.

Layer belakang almari ada 15 rod jadi, boleh muat lebih kurang 90 tudung. Dan itu vanish clear gloss yang saya guna.

Ini untuk layer depan pula. Ada 13 rod dan muat lebih kurang 52 tudung.

Hasil almari tudung yang dah siap dari pandangan depan. Manakala, dari pandangan tepi nampak tipis sahaja dan lebar 1 kaki, tinggi 6 kaki.

Lepas dipasang layer kedua. Insha Allah, boleh muat 142 tudung. Gambar kanan pula, hinge yang diguna dan saya harap ia tahan lah.

Depan sesuai letak tudung ringan-ringan sahaja. Gambar kiri pula untuk layer belakang yang baru nak mula letak.

Sumber: Facebook Mohd Khairizan Reduan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×