Deko & Hias

DIY Langsir Kabinet Dapur (Table Top) Dengan 3 Barang Sahaja, Masih Sempat Berdeko Raya!

30
SHARES
diy langsir kabinet dapur

Penulis percaya ramai sekarang ini sedang sibuk mengemas rumah nak sambut raya. Dalam sibuk mengemas itu, boleh pula terlepas pandang langsir kabinet dapur yang telah buruk dan nak beli baru mungkin tak sempat dah. Disebabkan itu, penulis ingin kongsikan idea DIY langsir kabinet dapur mudah dengan menggunakan 3 bahan sahaja.

Idea asal DIY ini adalah dari Puan Ayza Nur dan telah dikongsikan semula oleh Puan Suzana Asmazul. Jom mengemas raya!

Baca juga: Hiasan Dinding Raya DIY Stail ‘Wall Mirror’, Confirm Mata Tak Lepas Tengok Diri Sendiri!

DIY LANGSIR KABINET DAPUR (TABLE TOP)

diy langsir kabinet dapur

Langsir DIY Tutup Ruang Bawah Sinki. Barulah Dapur Nampak Kemas!

Perasan tak? Part dapur paling buruk adalah bahagian bawah sinki yang terbuka dan table top tanpa kabinet. Semua barang tersimpan di bahagian ini akan terdedah dan nampak serabut kalau tak pandai menyusun atur.

Tapi kalau kita susun elok-elok pon, mesti kita nak tertutupkan ruang tu. Kasi privacy sikit!

Haaaa, ciksue kongsi cara buat langsir DIY sendiri. Mak-mak yang ada anak kecil pon boleh buat ni, sesambil main dengan anak. Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.

Paling best modalnya sangat jimat tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah di bawah.

DIY LANGSIR TUTUP RUANG BAWAH SINKI (TABLE TOP)

BARANG-BARANG DIPERLUKAN:

diy langsir kabinet dapur

  • 2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
  • 4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
  • Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)

CARA MEMBUATNYA:

diy langsir kabinet dapur

1. Potong shower curtain ikut ketinggian table top.

2. Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.

3. Selaraskan panjang curtain bar.

4. Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.

5. kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.

6. Kemaskan dan siap!

Selamat mencuba! Kongsikan andai bermanfaat untuk korang.

Sumber: Ayza Nur

Sumber: Facebook Suzana Asmazul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×