DIY & Kraf

Rupanya Ini Cara Tapis Air Karat Dalam Mesin Basuh, Baju Putih Pun Selamat!

175
SHARES

“Eiii kenapa berkarat air mesin basuh ni? Habis kotor baju basuhan!”

Pernah tak anda mengalami masalah ini sehingga kotor dan rosak pakaian yang dibasuh terutamanya yang berwarna putih. Mesti ralat dan kecewa bukan?

Sebagaimana perkongsian Doktor Fatimah Salim seorang ahli kimia, yang juga pernah mengalami masalah air paip berkarat sehingga menjejaskan pakaian yang ingin dibasuh oleh beliau. Justeru itu, setelah pelbagai cara diikhtiar akhirnya beliau menemukan satu cara yang mudah bagi mengatasinya.

Bagi anda yang mengalami masalah sama, bolehlah mencuba kaedah ini. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Lajak Servis Kereta & Guna Minyak Hitam Tiruan, Patutlah Enjin Kereta Kotor Teruk!

RUPANYA INI CARA TAPIS AIR KARAT DALAM MESIN BASUH, BAJU PUTIH PUN SELAMAT!

Gambar hiasan.

Ini lagi satu survival skill yang saya pernah kongsikan dulu. Dan nampaknya saya masih lagi perlu amalkan di rumah baru.

Rumah saya ini sudah pasang penapis air di luar, namun masalahnya air paip tetap juga berkarat. Saya sangka memang dalam saluran paip itu sendiri yang berkarat.

Sudah saya panggil kontraktor tengokan, namun macam berjangkit-jangkit pula. Nak cabut gantikan saluran paip ini entah bila lah berhasilnya kan.

Jadi untuk mengelakkan baju yang dibasuh terutamanya berwarna putih terkena karat, saya letakkan kain dalam bekas sabun cuci (detergent) pada mesin basuh seperti gambar di bawah.

Air paip akan melalui bekas detergent ini sebelum sampai ke baju cucian. Mana-mana bahan terampai (punca air menjadi kabut yang boleh meninggalkan kesan pada baju) akan ditapis oleh kain ini.

KAEDAH MENGGUNAKAN KAIN UNTUK MENAPIS AIR KARAT PADA MESIN BASUH

1. Gunakan jenis kain yang mudah menyerap air, lipat beberapa lapisan untuk mengoptimumkan kadar tapisan. Tidak perlu beli kain baru, guna kain yang sudah tidak digunakan lagi saja.

2. Basuh dan gantikan kain ini bergantung kepada tahap kekotoran air. Macam kes saya, seminggu sekali saya akan cuci.

Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan.

Sumber: Facebook Fatimah Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×