DIY & Kraf

Jangan Lajak Servis Kereta & Guna Minyak Hitam Tiruan, Patutlah Enjin Kereta Kotor Teruk!

50
SHARES

Sedia maklum minyak hitam atau pelincir kereta berfungsi untuk melancarkan pergerakan enjin. Jika kereta tidak diservis mengikut jadual akan menyebabkan enjin kereta kelihatan terlalu kotor. Di mana, kos servis kereta lebih mahal daripada menukar minyak hitam.

Bahkan, minyak hitam tiruan juga boleh menyebabkan enjin bermasalah kerana kualitinya yang rendah. Oleh itu, anda digalakkan menggunakan minyak hitam yang berkualiti dan tidak melajakkan waktu servis kereta untuk elak masalah lebih teruk dihadapi kereta anda.

Baca juga: Rupanya Ini Cara Betul Pasang Cangkuk ‘S’ Gelang Emas, Barulah Tak Jatuh!

JANGAN LAJAK SERVIS KERETA & GUNA MINYAK HITAM TIRUAN, BUAT ENJIN KERETA KOTOR TERUK!

Beza enjin kereta yang terjaga dengan enjin kereta owner cuma tahu start kereta jalan. Min nak kongsi cara elakkan enjin korang kotor macam ini!

Punca enjin boleh jadi kotor macam ini cuma satu je, minyak hitam (enjin). Sama ada ditukar tak ikut jadual, atau minyak tiruan.

3 JENIS MINYAK HITAM KERETA

Gambar hiasan.

Minyak hitam kereta ni ada 3 jenis dengan jadual penukaran yang berbeza.

1. MINYAK MINERAL

Setiap 5,000KM atau 4 bulan. Biasa ni minyak yang paling murah. RM50-70 dah boleh dapat.

2. MINYAK SEMI-SINTETIK

Setiap 7,500KM atau 6 bulan. Harga minyak ni biasa dijual antara RM80-140 bergantung pada jenama minyak.

3. MINYAK FULL SINTETIK

Setiap 10,000KM atau 9 bulan.

Harga minyak ni biasanya dijual antara RM120-180. Berbeza ikut jenama.

JANGAN LAJAKKAN WAKTU SERVIS KERETA, KOS REPAIR LEBIH MAHAL NANTI!

Jadi bergantung kepada jenis minyak yang korang guna, sebolehnya janganlah korang ‘lajak’ servis kereta korang.

Kos servis minyak ni, tak mahal mana kalau nak dibandingkan dengan kos nak repair enjin kereta korang kalau rosak sebab lajak servis.

Dan yang paling penting, elakkan lah daripada terbeli minyak tiruan. Sesetengah minyak tiruan di pasaran, bukan setakat kualiti rendah, tapi minyak yang dijual adalah minyak enjin lama yang dikitar semula. Yang kemudiannya dipek semula dan dijual.

Min tak boleh nak suggest, jenis minyak mana, jenama mana yang terbaik. Tapi min sendiri, min prefer tukar full sintetik. Tak perlu nak kerap servis.

Ni contoh gambar ‘oil sump’ yang teruk. Kalau tadi gambar atas, ini min share gambar bawah.

Bila oil sump berkeladak macam ni, minyak nak pam pusing pun susah. Bila susah, enjin tak ada proper lubrication. Lama-lama enjin pun rosak.

Sedikit pesanan masyarakat dari min, sentiasa servis kereta anda ikut jadual bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar di masa akan datang.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pemilik kereta di luar sana!

Sumber: Twitter Carput

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×