DIY & Kraf

Rupanya Ini Cara Betul Pasang Cangkuk ‘S’ Gelang Emas, Barulah Tak Jatuh!

225
SHARES

Barang kemas merupakan barang perhiasan yang sangat bernilai buat kaum wanita sehingga menjadi kegilaan. Bukan kerana rupa bentuknya sahaja yang cantik, malah nilai emas yang tinggi dijadikan sebagai aset peribadi.

Namun tahukah anda, cara sebenar memasang emas yang mempunyai cangkuk jenis ‘S’? Kalau salah pasang boleh hilang dan diri sendiri yang rugi. Emas bukan rendah ya nilainya.

Melalui sebuah video di laman tiktok, seorang pengguna bernama Mexsu Empire berkongsi cara betul pasang emas bercangkuk ‘S’ supaya ia tidak hilang dan rosak. Jom ikuti perkongsian tips beliau.

Baca juga: 5 Cara Berkesan Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian & Fabrik!

RUPANYA INI CARA BETUL PASANG CANGKUK ‘S’ GELANG EMAS, BARULAH TAK JATUH!

Customer selalu datang repair cangkuk dah bengkok macam ini. Sampai ada yang patah. 

Cangkuk bertindih macam ni adalah punca cangkuk bengkok dan patah.

Orang ingat bila tindih macam ini, rantai tangan akan lebih selamat. Tapi bila tindih macam ni cangkuk lagi senang patah dan senang tercicir.

JANGAN LAKUKAN CARA INI PADA CANGKUK EMAS!

Jangan buka cangkuk ke atas macam ini. Jangan tindih cangkuk macam ni.

Jangan biasakan buat macam ni sebab itu rantai korang rosak.

TIPS BETUL PASANG CANGKUK EMAS JENIS ‘S’!

Meh saya ajar kawan-kawan cara yang betul.

1. Buka cangkuk ke depan bukan ke atas.

2. Bila tutup cangkuk pastikan dia rata dan tak bertindih.

Barulah rantai tak rosak. 

Jom ikuti cara yang betul ini. Tiadalah rasa was-was selepas ini nak pakai. Tak perlu lagi dah simpan dan pakai bila majlis tertentu saja, boleh buat pakai harian. Barang kemas emak tak hilang, perhiasan anak dara pun selamat tersergam indah di badan.

Semoga membantu!

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok Mexsu Empire

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×