Pengalaman hilang barang berharga memang boleh membuatkan sesiapa sahaja panik, lebih-lebih lagi apabila melibatkan barang kemas bernilai tinggi. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Lienzybeauty, selepas gelang emas bangle miliknya hilang di sebuah taman permainan bola.
Baca juga: Step-By-Step Buat Biskut Jejari Coklat Guna Roti, Hanya 3 Bahan Dah Jadi Kudapan Raya!
GELANG EMAS BANGLE HILANG DI MAINAN INDOOR, BERNILAI LEBIH RM12,000

Dalam perkongsian video TikTok, wanita itu menceritakan detik cemas apabila gelang emas bernilai lebih RM12,000 hilang ketika dia sedang bermain di kawasan ribuan bola.
“Nangis tak berlagu, bangle hilang dalam ribuan bola. Saya renang sampai tengah bahagian yang dalam. Sampai orang pandang pelik, saya dah tak kisah, asal bangle saya jumpa. Ulang-alik saya renang dalam tu, banyak benda lain je saya jumpa, bukan barang saya,” luahnya.
Dia juga sempat memaklumkan kehilangan tersebut kepada pekerja taman permainan, namun kerana kawasan itu dipenuhi ramai pelanggan pada waktu sama, kakitangan tidak dapat berbuat banyak.
“Yang hilang ni harga atas RM12,000. Saya terus rasa lembik tangan. Dah ketor than air mata tapi tumpah juga. Salah kita sendiri mana mungkin ganti.
“Saya pun tak salahkan staf sebab mereka pun tengah kerja. Tapi ada la sedihnya juga sebab mereka macam tak layan kita,” jelasnya.

Kejadian ini pastinya menjadi pengajaran bahawa barangan berharga perlu dijaga dengan lebih rapi terutamanya di tempat awam yang sesak dan penuh aktiviti.
Perkara ini juga mengingatkan pengunjung untuk lebih berhati-hati apabila membawa barang kemas atau barangan bernilai tinggi ke taman permainan, kolam renang, atau kawasan yang ramai orang.
@lienzyqueen6 Staff xdapat nak tolong,. Kita usahala sendiri😭
Baca juga: Senarai Penuh Barangan Harga Terkawal Sempena Hari Raya, Peniaga Jangan Suka-Suka ‘Main Harga’!
Sumber: Lienzyqueen6
