Euforia Bola 2026
Nur

Nak Mengaji Kena Cakna, Pilih & Beli Mushaf Al-Quran Yang Ada Cop KDN Macam INI…Penting!

mushaf al quran

Bagi mereka yang mengaji di rumah, mungkin pernah berdepan situasi ini di mana mushaf al Quran yang dibeli ternyata tidak mempunyai cop pengesahan daripada pihak berkuasa.

Perkara ini sebenarnya agak membimbangkan kerana terdapat mushaf yang dijual tanpa melalui proses semakan rasmi. Lebih mengejutkan, ada juga kes di mana mushaf tersebut mempunyai kesalahan pada huruf, baris, titik malah susunan ayat.

Baca juga: Petua Orang Dulu Elak Makhluk ‘Tumpang’ Bila Bawa Daging Mentah Waktu Malam, Kena Letak Daun Ini!

MUSHAF AL QURAN PERLU ADA COP PENGESAHAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

MUSHAF AL QURAN

Facebook

Malah dalam beberapa keadaan, ada juga mushaf yang didapati tidak lengkap atau ada surah yang tertinggal. Sebab itu penting untuk anda memastikan mushaf yang digunakan mempunyai cop pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).

Ramai mungkin tidak tahu bahawa cop ini sebenarnya mempunyai fungsi yang sangat penting. Berikut antara tujuan utama cop KDN pada mushaf al-Quran:

1. Pengesahan rasmi

Cop daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia menunjukkan mushaf tersebut telah mendapat kelulusan untuk dicetak dan diedarkan di Malaysia.

Ini bermakna mushaf tersebut telah melalui proses penilaian yang ditetapkan sebelum sampai ke tangan masyarakat.

2. Melalui semakan panel pakar

Sebelum diluluskan, teks al-Quran akan melalui proses semakan oleh panel pakar. Mereka akan memastikan tiada kesilapan pada:

  • Huruf dan baris
  • Tanda waqaf
  • Nombor ayat
  • Susunan surah

Proses ini penting bagi memastikan ketepatan teks al-Quran yang dicetak.

3. Elak kesilapan cetakan

Dalam al-Quran, satu huruf yang tersalah cetak boleh mengubah makna ayat. Sebab itulah setiap mushaf perlu disemak dengan sangat teliti sebelum ia diluluskan untuk dicetak dan diedarkan.

MUSHAF AL QURAN

Threads

4. Halang penyelewengan

Kawalan ini juga bertujuan mengelakkan penyebaran mushaf yang diubah, tidak lengkap atau mengandungi kesalahan. Tanpa kawalan seperti ini, terdapat risiko mushaf yang tidak sah atau mempunyai kesilapan tersebar dalam kalangan masyarakat.

5. Beri keyakinan kepada masyarakat

Cop KDN menjadi tanda bahawa mushaf tersebut telah melalui proses semakan yang ketat. Ini memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menggunakan mushaf tersebut bagi tujuan bacaan, hafazan dan pengajian al-Quran.

Ringkasnya, cop daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia bukan sekadar cop biasa. Ia merupakan satu bentuk kawalan penting bagi memastikan mushaf al-Quran yang berada di tangan masyarakat benar-benar tepat, lengkap dan terpelihara daripada sebarang kesilapan.

Sebab itu, sebelum membeli mushaf al-Quran, sebaiknya periksa dahulu sama ada terdapat cop KDN atau tidak supaya kita dapat membaca dan mempelajarinya dengan lebih yakin.

Baca juga: “Jangan Keliru!”- UAI Perjelas Hukum Sokong Iran Lawan Zalim, Tapi Akidah Syiah Tetap Ditolak

Sumber: Facebook Risalizah Manaf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×