Satu perkongsian di aplikasi TikTok mengenai petua membawa daging mentah ketika dalam perjalanan pada waktu malam menarik perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan menjelaskan bahawa makanan mentah yang berdarah seperti daging mentah atau ikan dikatakan perlu diberi perhatian sekiranya dibawa di dalam kenderaan pada waktu malam, khususnya ketika perjalanan pulang ke kampung.
Baca juga: Belum Kahwin Tapi Dah Bayar Zakat Fitrah Untuk Tunang? Memang ‘Sweet’ & Ini Penjelasan Mufti…
BAWA DAGING MENTAH WAKTU MALAM, KENA LETAK INI

Freepik
Menurutnya, terdapat kepercayaan dalam kalangan sesetengah masyarakat bahawa situasi tertentu boleh berlaku ketika membawa bahan mentah tersebut pada waktu malam.
Individu yang berkongsi petua berkenaan mendakwa ada segelintir orang pernah mengalami keadaan pelik ketika membawa bahan mentah tersebut, antaranya terasa kenderaan menjadi berat atau seolah-olah terdapat ‘penumpang tambahan’ di dalam kereta.
Walau bagaimanapun, situasi itu dikatakan tidak dialami oleh semua orang dan hanya berlaku kepada individu tertentu sahaja.
Dalam perkongsian tersebut, turut dinyatakan beberapa petua tradisional yang dikatakan boleh diamalkan oleh mereka yang mempercayainya.
Antaranya ialah dengan meletakkan daun limau purut di dalam bekas yang mengandungi daging atau ikan mentah. Selain membantu mengurangkan bau, daun ini juga dipercayai dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan.
Selain itu, sekiranya seseorang itu merasakan keadaan kenderaan berubah atau menjadi luar biasa, mereka disarankan untuk berhenti seketika di tempat selamat. Daging mentah yang dibawa itu kemudian dipotong sedikit dan diletakkan di luar sebagai satu bentuk ‘memberi’ kepada pihak yang tidak kelihatan.

Freepik
Namun, perkongsian tersebut turut menegaskan bahawa petua berkenaan hanyalah amalan atau kepercayaan sesetengah masyarakat dan tidak mempunyai kaitan dengan ajaran agama.
Bagi mereka yang tidak mempercayainya, perkara itu disifatkan sebagai sekadar petua tradisional yang tersebar dalam masyarakat.
Dalam masa sama, individu tersebut turut mengingatkan bahawa sekiranya rasa tidak selesa atau bimbang ketika dalam perjalanan, seseorang boleh mengamalkan bacaan doa atau ayat-ayat suci untuk menenangkan diri.
Semoga bermanfaat!
@yb_carlosbasri YB… AMALAN ORG DULU… #highlight
Sumber: TikTok Yb_carlosbasri
