Famili

Tak Ada Masa Untuk Tukar Minyak & Selenggara Kereta Anda? Biar Maxx ‘N Go Lakukan Untuk Anda!

8.4K
SHARES

Anda terlalu sibuk untuk hantar kereta anda untuk diservis? Malas nak tunggu sehingga kereta siap diservis? Tiada masa untuk servis kereta anda? Runsing memikirkan bil yang tinggi apabila servis kereta?

Haa..macam-macam persoalan yang timbul setiap kali nak servis kereta kan? Pening dibuatnya!

Kini, anda tak perlu lagi bersusah payah nak hantar kereta anda untuk diservis, kerana team Maxx ‘N Go sendiri yang akan datang kepada anda!

APLIKASI MUDAH ALIH PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK SERVIS PENUKARAN MINYAK KERETA!

Kalau anda nak tahu, Maxx Oil Malaysia telah memperkenalkan satu aplikasi mudah alih pertama di Malaysia iaitu Maxx ‘N Go yang menyediakan servis kelas premium untuk penukaran minyak kereta anda dengan hanya menggunakan aplikasi yang dimuat turun ke telefon pintar anda.

Aplikasi Maxx ‘N Go ini telah direka pada Disember 2016 dan telah dimuat turun oleh lebih daripada 15000 pengguna telefon pintar di Malaysia. Wow!

DATUK LEE CHONG WEI, DUTA MAXX ‘N GO

Baru-baru ini juga mereka telah melantik Datuk Wira Lee Chong Wei sebagai duta mereka. Pemilihan jaguh badminton negara ini sebagai duta adalah seiring dengan ciri-ciri aplikasi ini iaitu profesional, cekap dan fokus, sama seperti personaliti yang ada padanya.

Beliau juga berbesar hati untuk menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi ini kerana ia sememangnya memudahkan hidup anda!

PANTAS, EFEKTIF DAN MEMUDAHKAN ANDA!

Memang hidup anda akan jadi bertambah mudah dengan aplikasi ini kerana dengan hanya membuat temujanji melalui aplikasi Maxx ‘N Go ini, pasukan Maxx ‘N Go akan tiba di lokasi anda untuk menawarkan servis profesional mereka. Mudahnya!

Mereka juga menawarkan servis 7 hari seminggu tau. Jadi anda tak perlulah risau sekiranya anda tiada masa sepanjang hari berkerja!

Jom kami kongsikan cara untuk menggunakan aplikasi Maxx ‘N Go ini:

  • Daftar, isikan butir-butir kenderaan anda dan TEMPAH SLOT untuk servis kenderaan anda
  • Buat pembayaran hanya setelah servis selesai
  • Terdapat pilihan untuk menempah SEKARANG atau PREBOOK

Pasukan Maxx ‘N Go ni semuanya terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan terlatih, dan mereka hanya menggunakan minyak penapis yang berkualiti dari UMW/ GEP untuk semua kenderaan model keluaran Asia dan MANN Hengst, MAHLE bagi kenderaan buatan Eropah.

Selain itu, aplikasi Maxx ‘N Go ini akan mengesyorkan pilihan minyak enjin yang bersesuaian dengan kenderaan anda berdasarkan model kenderaan yang sudah anda daftarkan. Setelah selesai servis, anda juga akan diberikan laporan mengenai kenderaan anda supaya anda sedia maklum tentang kondisi kenderaan anda.

Bukan itu sahaja, penapis minyak, penghantaran dalam laman web, pemeriksaan kereta (15 point), pemeriksaan bateri dan pemeriksaan tekanan tayar  juga adalah PERCUMA!

Haa..sambil menunggu tu, anda juga akan diberikan air mineral dan popcorn PERCUMA, jadi takdelah bosan sangat tunggu kereta habis diservis!

Servis Maxx ‘N Go juga kini terdapat di Kuala Lumpur, Klang dan Selangor.

Cepat muat turun aplikasi Maxx ‘N Go ini dan nikmati perkhidmatan kelas pertama dari mereka!

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Maxx ‘N Go ini anda boleh layari:

Laman web Maxx ‘N Go

Facebook Maxx ‘N Go

Aplikasi Maxx ‘N Go ini boleh didapati di:

iTunes: Maxx ‘N Go 

Android: Google Play 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×