Deko & Hias

Guna Tuil PEMEGANG Lebih Praktikal Dari Tombol Pintu, Doktor Rehab Kongsi Fakta!

4
SHARES
jenis tuil pintu

Bukan sekadar cantik, tapi memilih komponen rumah yang praktikal juga penting demi keselesaan semua ahli keluarga terutama orang tua dan kanak-kanak. Ini termasuklah dalam memilih jenis tuil pintu.

Melalui perkongsian dari Doktor Perubatan Rehabilitasi, Kamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat beberapa kelebihan menggunakan tuil pintu jenis pemegang (handle) berbanding tombol (knob). Nak tahu kenapa, mari ikuti penulisan ini sehingga habis.

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Bil Tak Melambung, Terutama Rumah Pakai Aircond & Pemanas Air!

JENIS TUIL PINTU PEMEGANG (KELEBIHAN)

jenis tuil pintu

Gambar: Jenis tuil pintu pemegang (handle) – victor217

Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik atau rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).

Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?

1. Mesra pesakit yang mempunyai masalah sendi

Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).

2. Mudah digunakan kanak-kanak

Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.

Baca juga: Ketahui 8 Tempat Dalam Rumah Jadi Tumpuan JIN, Walaupun Ada Orang Jangan Buat Perkara Ini!

3. Mudah dipulas bila tangan basah

Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.

4. Bila tangan penuh, ia mudah dipulas guna anggota lain

Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.

5.  Selamat dalam keadaan genting

Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.

Baca juga: Cara DIY Baiki Pintu Plywood Rumah Berlubang, 4 Pintu Tak Sampai RM50 Pun!

BOLEH GUNA TUIL PEMEGANG UNTUK PILI AIR SELAIN PINTU RUMAH

jenis tuil pintu

Gambar: Jenis tuil pintu tombol (knob) – wirestock

Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih berkelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.

Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibu bapa kita pun akan selesa.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Doktor Perubatan Rehabilitasi.

Baca juga: Tak Selesa Nak Kencing Bila Ulser Muncul Di Faraj, Ini Punca & Cara Atasi!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

FT Image: remodelling / seattletimes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×