Sihat

Rupanya Ini Cara Nak Tahu Jenis Wheelchair Yang Dijual Di Pasaran, Ada Beza!

108
SHARES

Kebiasaannya di pasaran, dapat dilihat terdapat lambakan kerusi roda yang dijual dalam pelbagai jenis rupa. Namun, tahukah anda setiap jenisnya mempunyai fungsi yang berbeza mengikut keadaan pesakit.

Kerusi roda atau wheelchair digunakan oleh para pesakit untuk memudahkan pergerakan. Terutamanya bagi pesakit yang tidak berdaya untuk bergerak, selain untuk keselesaan mereka.

Justeru itu, demi kebaikan pesakit, para penjaga perlu tahu jenis-jenis kerusi roda mengikut keadaan dan keperluan pesakit sebelum membelinya. Mari baca di bawah untuk tahu lebih lanjut.

Baca juga: Doktor Kongsi Sendawa Berlebihan Menandakan Penyakit Tertentu, Hati-Hati!

RUPANYA INI CARA NAK TAHU JENIS WHEELCHAIR YANG DIJUAL DI PASARAN, ADA BEZA!

Doktor: Okay, esok, ayah puan dah boleh discharge.

Me: Okay, doktor. (dalam kepala: Alamak, wheelchair tak beli lagi!)

Bergegas ke kedai nak beli wheelchair, tapi, banyak sangat pilihan, yang mana satu sesuai?

Pening kan…

KRITERIA UTAMA WHEELCHAIR:

1. A GOOD FIT

Ukur sebelum beli.

2. DETACHABLE ARMEST & FOOTREST

Memudahkan proses transfer pesakit.

3. LIGHTWEIGHT

Senang digunakan oleh penjaga utama.

4. SESUAI

Postur badan, persekitaran, lifestyle & pengguna.

5. BREK

Sistem brek berfungsi baik.

A GOOD FIT – SAIZ, BENTUK BADAN

Saiz wheelchair di pasaran akan mengikut pada kelebaran tempat duduk. Range saiz antara 16 hingga 22 inci (dewasa).

Ukur E (gambar di atas) dan tambah 1-2 inci untuk saiz yang sesuai.

Pastikan wheelchair yang dibeli ergonomik (90 rule seperti gambar di bawah).

KENAPA PERLUKAN WHEELCHAIR YANG ERGONOMIK?

IMPAK WHEELCHAIR TIDAK ERGONOMIK:

1. Sakit pinggang.

2. Kurang efisien dari segi mobiliti.

3. Tidak stabil ketika bergerak (easily slipped forward).

4. Risiko pressure ulcer akibat duduk lama.

JENIS-JENIS WHEELCHAIR DI PASARAN:

1. SELF-PROPELLED WHEELCHAIR

User dan caregiver boleh maneuver wheelchair (Pengguna dan pengasuh boleh menggerakkan kerusi roda).

2. TRANSPORT WHEELCHAIR

Caregiver to maneuver wheelchair (Perlukan pengasuh untuk menggerakkan kerusi roda).

Yang mana satu nak pilih? 1 vs 2?

Untuk pesakit stroke, pilihan yang ke-2 adalah lebih sesuai.

3. RECLINING WHEELCHAIR

Sesuai untuk pesakit yang tiada ‘head control’ & spinal cord injury (lumpuh dari leher ke bawah).

4. SPORTS WHEELCHAIR

Pesakit ‘spinal cord injury’ (lumpuh dari pinggang ke bawah) & aktif.

5. COMMODE WHEELCHAIR

  • Kegunaan aktiviti harian (mandi & ke tandas).
  • Disarankan yang mempunyai footrest kerana senang untuk dibawa ke bilik air.
  • Pastikan ianya mempunyai brek.
  • Beli mengikut saiz pesakit, ukur dahulu.

6. MOTORIZED WHEELCHAIR

Menggunakan bateri, untuk mobiliti.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para penjaga untuk memilih dan membeli kerusi roda buat keselesaan pesakit yang dijaga.

Sumber: Twitter MedTweetMYOfficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×