Sihat

Doktor Kongsi Sendawa Berlebihan Menandakan Penyakit Tertentu, Hati-Hati!

114
SHARES

Amalan makan atau minum terlalu cepat merupakan antara punca mengapa anda kerap bersendawa tidak henti. Keadaan kerap sendawa ini bukan saja menyebabkan orang di sekeliling kurang selesa, malah diri sendiri juga selain berasa malu.

Justeru itu, mari mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah sendawa berlebihan melalui hantaran yang dibuat oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad.

Baca juga: Awas! Gusi Berdarah Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan Lain, Jangan Ambil Mudah!

DOKTOR KONGSI SENDAWA BERLEBIHAN MENANDAKAN PENYAKIT TERTENTU, HATI-HATI!

SENDAWA BERLEBIHAN MENANDAKAN PENYAKIT TERTENTU

Sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara dari keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebih boleh menyebabkan perut kembung.

PUNCA SENDAWA YANG BANYAK…

Antara punca sendawa yang banyak adalah:

1. Makan atau minum terlalu cepat.

2. Terlalu banyak berbual ketika makan.

3. Mengunyah gula-gula getah.

4. Minum minuman berkarbonat.

5. Merokok.

6. Makan makanan yang berangin.

SENDAWA DISEBABKAN OLEH MASALAH SEPERTI BERIKUT

Ada beberapa keadaan di mana sendawa disebabkan oleh masalah tertentu:

1. AEROFAGIA

Aerofagia adalah masalah akibat menelan udara terlalu banyak. Jadi tubuh pun cuba mengeluarkannya kembali terutama ketika gugup atau stress. Ini menyebabkan ia akan kerap bersendawa.

2. SENDAWA SUPRAGASTRIK

Sendawa supragastrik adalah berlaku apabila esofagus terlalu cepat mengeluarkan udara sebelum menelan udara dan masuk ke perut. Ia selalu berlaku pada anorexia nervosa dan obsessive compulsive disorder (OCD).

3. GERD

Gastroesophageal reflux disease atau GERD berlaku apabila asid perut naik dari perut ke mulut. Ini menyebabkan keradangan pada esofagus dan membuatkan individu tersebut menelan lebih banyak udara, seterusnya menyebabkan sendawa terus-menerus.

4. GASTROPARESIS

Gastroparesis berlaku apabila perut lambat dikosongkan semasa proses pencernaan. Ini bermakna lebih banyak masa yang diambil untuk mencernakan makanan.

Ini berlaku terutama di kalangan pesakit diabetes. Lebih lama proses pencernaan, lebih banyak udara dihasilkan, lebih banyak sendawa.

5. JANGKITAN HELICOBACTER PYLORI

Gambar – Hospital Islam Az-Zahrah

Jangkitan bakteria H. pylori dalam perut boleh menyebabkan gastritis dan gastric ulcer. Ini meningkatkan penghasilan gas dan lebih banyak sendawa.

BEBERAPA CARA UNTUK MENGURANGKAN SENDAWA!

1. MENGUBAH CARA PEMAKANAN

  • Mengurangkan makanan berkanji.
  • Makan perlahan.
  • Meninggalkan minuman berkarbonat.

2. AMBIL BEBERAPA UBAT SINTETIK & NASIHAT DARIPADA PEGAWAI FARMASI

Mengambil beberapa ubat sintetik dan dapatkan nasihat dari pegawai farmasi. Antaranya:

  • Domperidon
  • Metoclopramide

3. BUAT PESAKIT GERD & GASTRITIS…

Bagi pesakit GERD dan gastritis, doktor mungkin memberikan:

  • Antasida
  • Proton pump inhibitor

4. AMALKAN PREBIOTIK & PROBIOTIK

Amalkan prebiotik dan probiotik dalam pemakanan bagi melancarkan pencernaan. Amalkan minyak zaitun setiap hari.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×