Perasan tak apabila sesudah menggosok gigi, waktu nak meludah akan nampak darah? Berhati-hati! Kemungkinan itu masalah gusi berdarah. Kita selalu menganggap itu perkara normal, jangan ambil ringan apabila gusi berdarah ya.
Melalui perkongsian MedTweet, masalah gusi berdarah boleh menyebabkan kepada masalah kesihatan lain seperti strok. Jadi, pergi lah dapatkan rawatan.
Baca juga: Dr. Kongsi Perbezaan Otak Berdasarkan Jantina…Otak Wanita Ibarat Roti Jala?
GUSI BERDARAH
Kita mulakan dengan most common oral health problem. Gusi berdarah! Kira2 8/9 daripada 10 orang mempunyai masalah ini! Ramai yang rasa normal bila gusi berdarah. Ia boleh dirawat! Jom kita ulas dengan lebih mendalam.
Apa itu gingivitis?
Ia adalah inflamasi yang berlaku pada gusi yang memegang gigi dengan kehadiran bacteria di plak gigi. Plak gigi ini bila dibiarkan, akan mengeras dan membentuk karang gigi. Ia menyebabkan iritasi kepada gusi.
TANDA-TANDA GINGIVITIS YANG JELAS:
- Gusi bengkak dan kemerahan.
- Gusi berdarah bila gosok gigi/ makan makanan keras.
- Mulut berbau.
Gingivitis boleh melarat hingga ke periodontitis!
AWAS! Gingivitis boleh melarat ke periodontitis dan mula memudaratkan tulang rahang yang memegang gigi. Pada masalah periodontitis yang teruk, gigi boleh mula goyang dan akhirnya jatuh.
Jenis rawatan boleh dilakukan
Apakah rawatan yang boleh dilakukan?
- Gingivitis: Rawatan ‘scaling and polishing’.
- Periodontitis: Pembersihan karang gigi dan plak di dalam poket gigi sehingga bersih. rujuk rawatan lanjut dengan doktor gigi anda.
Bagaimana nak elakkan gingivitis?
- Berus gigi dua kali sehari.
- Guna floss untuk bersihkan ruang antara gigi (penting!).
- Menggunakan ubat kumur antiseptik untuk mencapai bahagian yang sukar dicapai.
- Membuat pemeriksaan 6 bulan sekali.
- Rawatan skaler gigi secara berkala.
Faktor penyumbang
Antara faktor risiko yang menyumbang kepada masalah ini
- Merokok
- Diabetes
- Sesetengah ubat (rujuk dr)
- Kehamilan
- Genetic predisposition
- Rawatan Orthodontic/braces
- Poor Oral Hygiene
Tak kenal maka tak cinta. Sekarang kita dah tau, perlu elakkan mana yang boleh.
Masalah gusi penyumbang kepada masalah kesihatan lain
Alah gigi saja tak apa lah. MITOS! Pelbagai kajian telah dibuat dan mendapati masalah gusi boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
- Masalah jantung.
- Alzheimer, dementia dan stroke.
- Kelahiran bayi pramatang.
- Respiratory disease.
- Rheumatoid athritis dan osteoporosis.
Jadi jangan ambil mudah masalah gusi anda. Kalau ada nampak darah semasa memberus, buat appointment untuk jumpa doktor gigi anda secepat mungkin!
Sumber: Twitter MedTweetMY Official