Sihat

Dr. Kongsi Perbezaan Otak Berdasarkan Jantina…Otak Wanita Ibarat Roti Jala?

292
SHARES

Nak tahu tak perbezaan otak lelaki dan otak wanita? Sangat menarik rupanya fakta mengenai otak.

Mari mengenali otak mengikut jantina daripada Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi, Dr. Hjh. Azuraida Shahadan. Jadi lebih faham fikiran pasangan lepasni.

Baca juga: Dr. Kongsi Tips Hilangkan Rasa Jetlag, Tak Sengsara Lagi Lepasni!

DR. KONGSI PERBEZAAN OTAK BERDASARKAN JANTINA…OTAK WANITA IBARAT ROTI JALA?

OTAK LELAKI VS OTAK WANITA

Dalam kajian yang dibuat oleh University of Pennsylvania

: LELAKI boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan masih tenang.

: PEREMPUAN tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA-APA kerana ia menyebabkan perempuan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan “kenapa lelaki macam ni eh” Hahaha.

MENARIKNYA TENTANG OTAK LELAKI

Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini independent dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain.

Dalam erti kata mudah, ada compartment khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.

Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi specifically ke kotak yang sesuai, membukanya, membincangkan hanya isi kotak itu.

Kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.

MENARIKNYA TENTANG OTAK WANITA

Berbeza dengan wanita.

Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung dengan satu sama lain dengan ikatan yang teguh, ala macam roti jala, berserat dan berhubung dan kesemua kotak di hubungkan dengan ‘emosi’.

Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengkaitkan satu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara. 

Selain itu, wanita juga tak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tak reti duduk diam.

LELAKI DICIPTA LEBIH FOKUS, WANITA DICIPTA LEBIH MULTITASK…DALAM MELAKUKAN SESUATU

Anyways, tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan tu apa?

A BOX OF NOTHING.

Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Haha. Yes. Nothing. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang takda apa yang di fikirkan dalam fikiran mereka, just nothing. Jadi jangan marah bila anda tanya,

“How was your day today,” Dia jawab “okay”.

Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang dah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya,

“How was your life,” Dia jawab “okay lah”.

Hehe. 5 tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.

Inilah istimewa nya ciptaan tuhan. Lelaki di ciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih multitask dalam melakukan sesuatu.

Embrace the differences!

Sumber: Facebook Azu Shahadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×