Sihat

Soalan Kontroversi, Doktor Kongsi Perbezaan Antara Otak Lekaki & Perempuan

31
SHARES
perbezaan otak lelaki dan perempuan

Kaum Hawa dan Adam berbeza secara anatomi, emosional dan persepsinya. Tapi tahukah anda perbezaan antara lelaki dan perempuan tidaklah hanya sampai di situ sahaja. Perbezaan sikap antara perempuan dan lelaki sering membuat terjadinya salah faham antara kedua-dua belah pihak. Namun, benarkah perbezaan cara berpikir antara otak perempuan dan lelaki terjadi kerana otak masing-masing berfikir dengan cara yang berbeza?

Seorang doktor pakar terapi minda, Dr. Azu Shahadan telah berkongsi di halaman TikToknya @drazushahadan berkenaan dengan bagaimana otak lelaki dan otak wanita berfungsi. Malah, lelaki dan perempuan juga mempunyai keupayaan berfikir yang sama. Cumanya, mungkin cara pemikiran sahaja yang sedikit berbeza.

Baca juga: ‘Dewasa Tapi Tak Matang’- Kenali Apa Itu Sindrom ‘Peter Pan’, Mungkin Anda Pun Ada Ciri!

PERBEZAAN ANTARA OTAK LELAKI DAN OTAK WANITA

dr azu shahadanSebenarnya, ini merupakan soalan yang agak kontroversi walaupun dalam bidang sains. Antara perbezaan otak lelaki dan perempuan adalah:

1. Perempuan boleh “multitasking” berbanding dengan lelaki.

Pernah tak kita lihat bagaimana ibu kita senang untuk membuat banyak kerja dalam suatu masa dan ayah kita pula akan membuat satu kerja dalam satu masa?

Itu merupakan bukti bahawa lelaki tak pandai mengerjakan beberapa kerja dalam satu masa. Otak mereka lebih fokus, oleh itu mereka lebih cenderung untuk membuat keputusan.

Alasannya jelas, otak lelaki tak mampu multitasking. Otak perempuan mampu memproses berkali-kali sementara lelaki hanya sekali.

2. Lelaki lebih tenang berbanding dengan wanita.

Kebiasannya kita akan melihat perempuan akan rasa tak selesa apabila mereka sedang berehat. Ada sahaja benda yang mereka akan cari untuk membuat sesuatu.

Manakala, lelaki akan lihat tenang kalau tak buat apa-apa. Ini bukan sebab mereka malas, tapi kalau ikut sains, inilah cara otak lelaki berfungsi.

Small Talk: Big Deal – Hagerty Journalism Online3. Lelaki tak suka menghuraikan sesuatu benda.

Kalau kita tanya lelaki bagaimana dengan harinya, semestinya dia akan bagi jawapan yang pendek, padat dan ringkas. Berbanding dengan seorang perempuan, mereka akan bagi jawapan yang panjang lebar apa yang mereka buat dari pagi sehinggalah ke malam.

25 Fun Facts About What Makes Men and Women Different - Ask The Scientists4. Emosi lelaki dan perempuan juga berbeza.

Emosi mungkin sama sahaja tetapi apa yang membuat bezanya lelaki dan perempuan adalah apabila wanita lebih ekspresif berbanding dengan lelaki.

Perempuan kalau mereka sedih, mereka akan menangis, manakala lelaki akan lebih cenderung untuk pendam. Walaupun lelaki tidak menangis, ini tidak bermakna mereka tidak sedih.

Oleh itu, ketahuilah bahawa lelaki dan wanita diciptakan Allah dengan perbezaan supaya manusia boleh saling melengkapi antara satu sama lain. Menurut anda, betulkah cara kerja otak lelaki dan perempuan seperti di atas?

Video penuh:

@drazushahadan

Beza pemikiran lelaki dan perempuan #drazu #tiktokguru #tahukahanda

♬ Kimi No Toriko – Rizky Ayuba

Sumber: TikTok @drazushahadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×