Terapi

‘Dewasa Tapi Tak Matang’- Kenali Apa Itu Sindrom ‘Peter Pan’, Mungkin Anda Pun Ada Ciri!

38
SHARES
sindrom peter pan

Pernah tak anda menonton cerita dongeng Peter Pan yang begitu popular di seluruh dunia sejak diangkat dalam novel ‘Peter Pan, or The Boy Who Wouldn’t Grow Up’ pada 1911. Kisah ini menceritakan Peter Pan yang tinggal di Neverland di mana kanak-kanak tidak akan tua dan memikul tanggungjawab orang dewasa.

Tapi pernahkah anda tahu tentang wujudnya sindrom Peter Pan? Sindrom Peter Pan adalah sikap orang dewasa yang secara psikologi, sosial dan seksual tidak menunjukkan kematangan.

Baca juga: Lelaki Pun Datang Bulan Tau, Kenali Tanda-Tanda Sindrom IMS Pasangan Anda

CIRI-CIRI ORANG ITU MENGALAMI SINDROM PETERPAN

Peter Pan Syndrome - Album by The 4th | SpotifySindrom ini selalunya akan terkena kepada dewasa lelaki yang sepatutnya dapat hidup sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Namun, lelaki dengan sindrom Peter Pan memiliki sifat sebaliknya.

Agak susah untuk mengenali tanda atau ciri sindrom terlebih dahulu jika tidak pernah ada gejala yang khas. Namun ada beberapa ciri yang cukup umum ditemui. Berikut adalah ciri-ciri sindrom Peter Pan:

Eleven Characteristics of a Childish Adult1. Cenderung berkelakuan seperti kanak-kanak, remaja, atau orang yang lebih muda dari usianya. Biasanya, orang dengan sindrom ini juga berkawan dengan orang yang lebih muda.

2. Selalu bergantung kepada orang dan menyusahkan orang selilingnya. Mengharapkan untuk selalu dilindungi dan dituruti semua permintaannya. Takut dan memiliki kekhawatiran yang berlebihan jika melakukan segala sesuatu sendiri.

3. Tidak dapat mempertahankan hubungan pada jangka panjang yang stabil, terutamanya dalam bab percintaan. Sifatnya yang tidak matang kadang membuat pasangan menjadi tidak selesa.

4. Selain itu, orang dengan sindrom ini juga susah untuk bersikap romantis dan memilih pasangan yang lebih muda.

Masalah Kewangan Dan Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Serta Cara Mengatasinya5. Kurang bertanggung jawab dalam pekerjaan atau dalam menguruskan kewangan. Selalu mengutamakan kepentingan diri sendiri.

6. Tidak mahu mengakui kesalahan dan menunding jari pada orang lain sehingga susah untuk introspeksi diri.

Penyebab sindrom Peter Pan ini juga dipercayai berpunca daripada pengalaman seseorang itu semasa kecik dan faktor ekonomi. Doktor psikologi, Patrick Cheatham mengatakan gaya pengasuhan tertentu seperti tidak mempelajari keterampilan hidup, di mana dapat mengakibatkan seseorang itu menghindari tanggungjawab dan komitmen.

Harap perkongsian ini dapat memberi ilmu baru kepada anda!

Sumber: halodoc, CNN Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×