Sihat

Dr. Kongsi Tips Hilangkan Rasa Jetlag, Tak Sengsara Lagi Lepasni!

11
SHARES

Kaki melancong ke luar negara mesti dah biasakan dengan rasa jetlag? Sampai buat badan rasa tak selesa kejap, selepas lama berada dalam penerbangan.

Tapi apakan daya, dah memang minat pergi berjalan. Jadi, apa kata ikuti tips yang dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar untuk membantu melegakan rasa jetlag.

Baca juga: Cara Test Kebocoran Arus Elektrik Water Heater, Selamat Mandi Lepasni!

DR. KONGSI TIPS HILANGKAN RASA JETLAG, TAK SENGSARA LAGI LEPASNI!

Nak hilangkan jetlag? Ramai akan angguk. Jetlag berlaku sebab beza masa tempat kita travel dengan tempat tinggal kita. Contohnya kalau pergi buat umrah. Beza masa 5 jam. Bila balik kita masih dok ikut masa kat Makkah.

Masa makan, masa tidur masih kat sana. Tapi kita dah kat Malaysia. Mengantuk dan lapar ikut waktu sana. Macam mana nak keluar cepat dari jetlag ni?

Senang saja. Elak dari ikut waktu sana dengan buat 3 benda ni:

1. JAM 12 TENGAH HARI & ATAS KELUAR DAPATKAN CAHAYA MATAHARI

Pukul 12 lebih keluar rumah dan dapatkan cahaya matahari. Benda ni penting untuk reset circadian rhythm atau jam biologi kita.

2. TIDUR KURANG DARIPADA 30 MINIT JIKA MENGANTUK SANGAT

Kalau mengantuk sangat tidur tidak lebih dari 30 minit. Kunci jam. Minta orang kejutkan. Bila bangun terus mandi.

3. MAKAN IKUT WAKTU MALAYSIA

Makan pada waktu kita bukan waktu negara kita lawat. Ikut timetable Malaysia.

Kalau lapar sangat tengah malam, ambil sepotong buah saja. Itu dah memadai untuk trick otak yang anda sedang makan. Minum air.

4. SENAMAN RINGAN

Buat senaman ringan waktu atau petang.

5. GELAPKAN RUMAH AWAL

Gelapkan rumah seawal jam 9:30. Buka lampu satu tempat saja. Ini akan bantu melatonin untuk keluar. Melatonin adalah hormon tidur.

6. SEDIAKAN SUHU BILIK SEKITAR 22-24 SELSIUS SEBELUM TIDUR

Masa nak tidur pastikan suhu bilik sekitar 22-24 darjah selsius. Ini akan bantu melatonin keluar.

7. GELAPKAN BILIK TIDUR TANPA CAHAYA

Pastikan bilik tidur gelap tanpa cahaya. Kalau kulit (organ terbesar manusia) detect ada cahaya, dia akan relay information ke otak kata hari masih siang. Pengeluaran melatonin akan terbantut.

8. AMBIL SUPLEMEN SELEPAS MAKAN

Lepas makan malam boleh ambil suplemen magnesium dan ashwagandha. Kedua dua ni akan bantu dapat tidur nyenyak.

9. MINUMAN KAFEIN SELEPAS 2 PETANG DIELAKKAN

Front view close up of an amazed woman looking at a coffee cup with crave

Elakkan minuman berkafein selepas jam 2 petang. Kafein boleh sebabkan tidur terjaga jaga.

10. 4 JAM SEBELUM TIDUR JANGAN GUNA GADJET

Elak dari guna handphone, tengok movie atau aktiviti yang bagi cergas 4 jam sebelum tidur.

Cuba buat 8 ni dulu. Insyaa Allah dapat break cycle jetlag dengan cepat. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×