Deko & Hias

Cara Test Kebocoran Arus Elektrik Water Heater, Selamat Mandi Lepasni!

107
SHARES
water heater

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita 3 orang adik-beradik menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Dipercayai, bapa mereka meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik sewaktu mandi mengunakan pemanas air atau water heater. Sebelum si ibu meninggal dunia, dalam usaha untuk membantu suaminya.

Hal ini, menyebabkan ramai menjadi takut untuk mandi dengan pemanas air. Jangan risau! Dengan langkah keselamatan yang betul seperti dikongsikan oleh Encik Arep Kasim, InshaAllah selamat.

Baca juga: Niat Menabung Terlerai…Duit Habis Berkarat Gara-Gara Simpan Dalam Tin Bercampur Syiling!

CARA TEST KEBOCORAN ARUS ELEKTRIK WATER HEATER, SELAMAT MANDI LEPASNI!

Bagi mana-mana rumah yang ada ada water heater, pastikan setiap minggu tekan test ELCB dekat water heater tu boleh trip atau tidak.

Kebanyakkan kes macam ni sebab ELCB tu tak berfungsi dah. So on suis, current still ada walaupun current leaking (arus bocor), sepatutnya on dia terus akan trip.

TEKAN JUGA KOTAK FIUS UTAMA RUMAH SETIAP BULAN / 2 MINGGU SEKALI

Dan jangan lupa untuk tekan ini di kotak fius utama rumah anda setiap bulan atau 2 minggu sekali. Bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Ini nama dia Earth Leakage Circuit Breaker ( ELCB ). Function dia bila ada litar pintas, perkakas elektrik yang leakage current, dia akan trip.

WAJIB DIGANTI BILA TIDAK BERFUNGSI BAGI MENGELAKKAN MASALAH LAIN

Jika ia tidak berfungsi bila anda tekan, dia takkan trip atau tekan dia jadi kosong sahaja. Wajib diganti sebab boleh terbakar. Disebabkan high amp, kabel jadi panas dan akan cair sebab takda tripping. Contohnya macam dalam gambar ni. 

BAGAIMANA AIR ADA ARUS ELEKTRIK?

Bagaimana air boleh ada current ? Sebab tabung air dalam water heater adalah tembaga. Air dipanaskan kat dalam tabung air tembaga tu baru keluar ke shower. Tembaga adalah bahan pengalir elektrik dan air pun sama. If current leakage dia akan jadi kes macam nilah.

VIDEO PANDUAN MENGUJI KEBOCORAN MESIN PEMANAS AIR:

Since ramai yang tanya macam mana nak test makhluk ciptaan manusia ni, so aku buat lah video simple.

VIDEO PANDUAN MENGUJI ELCB DI KOTAK FIUS ELEKTRIK RUMAH:

Since ada juga yang tanya macam mana nak test ELCB kat kotak elektrik rumah elok tu ke tak.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Diharapkan perkongsian ini, dapat dijadikan sebagai iktibar dan panduan keselamatan menggunakan barangan elektrik untuk semua.

Sumber: Twitter Arep Kasim

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×