Amalan menabung bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi. Namun, duit tabungan yang menjadi mangsa karat bukan pula satu hal yang biasa didengari.
Menurut Puan Lily, perkara ini terjadi kepada sahabatnya sendiri. Di mana, dia telah menggabungkan wang kertas dan syiling di dalam bekas yang sama iaitu sebuah tabung tin.
Baca juga: Faraj Tertutup? Orang Ramai Kena Tahu Apa Itu Penyakit Vaginismus!
NIAT MENABUNG TERLERAI…DUIT HABIS BERKARAT GARA-GARA SIMPAN DALAM TIN BERCAMPUR SYILING!
Menjadi sangat terkilan, di mana, nilai tabungan tersebut telah mencecah RM 1ribu. Alahai~ hati mana yang tak rungsing, nilainya bukan pula sedikit. Habis berkarat!
Mari kita ikuti kisah ini untuk dijadikan pengajaran dan lebih berhati-hati di kemudian hari.
Allahuakhbar… Sekadar perkongsian bersama, terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu saja. Semua duit-duit dia mereput. Relai, hancur bila nak cuba bukak lipatan.
Kalau ada sesiapa yang simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM 1K lebur macam tu saja. Bawa pergi bank tak tahu lah bank nak terima ke tidak. Be strong sahabat!
Edit: Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima kasih yang share dan bagitau boleh tukar dan bank terima. Dia akan bawak pergi bank.
Mudah-mudahan dipermudahkan dan dapat balik ganti. Dia kata kalau tahu jadi macam ni memang tak akan simpan macam tu.
BOLEH TUKAR DI BANK NEGARA DENGAN SYARAT & INFO MENARIK TIN SEJENIS LOGAM!
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen turut rasa bersimpati. Malah, ada yang memaklumkan duit tersebut boleh ditukar di Bank Negara, asalkan masih mempunyai no siri. Alhamdulillah, masih ada sinar~
Menarik! Ada juga yang berkongsi ilmu berkenaan tin sejenis logam yang bukannya jenis besi tahan karat, sememangnya akan berkarat walaupun tidak terkena air.
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Terima kasih kepada netizen yang sudi berkongsi ilmu yang berguna dan memberi manfaat kepada semua!
Sumber: Facebook Lily Noorly Mohd Noor