Kewangan

Jangan Buang Duit Terkoyak, Boleh Tukar Di Bank Negara Dapat Nilai Penuh!

9.7K
SHARES

“Alamak, duit terkoyak! Sayangnya…”

Pasti anda pernah berada dalam situasi di atas bukan? Bila diperiksa semula duit dalam dompet, mesti ada duit kertas yang sudah terkoyak tidak kira terkoyak banyak atau sikit. Namun, duit terkoyak ini agak sukar diterima jika anda pergi ke mana-mana sahaja kedai kerana sudah tiada nilai. Jangan risau, hal ini kerana anda sebenarnya boleh tukar duit terkoyak ini di Bank Negara bagi mendapatkan nilai penuh atau separuh!

Baca juga: Cara Simpan Duit Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Caj, Mudah!

JANGAN BUANG DUIT TERKOYAK, BOLEH TUKAR!

duit terkoyak

Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu. Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.

Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.

Dalam erti kata yang lain jika duit tersebut koyak sedikit, kita boleh dapat nilai yang sama seperti duit yang koyak. Jika koyak separuh, nilai yang kita terima pun separuh.

Kalau BNM jauh, nak bawa ke mana?

Ada juga pengguna di laman Twitter yang bertanyakan bahawa jika cawangan Bank Negara jauh dari kawasan, boleh atau tidak pergi ke cawangan lain? Sebenarnya anda boleh cuba bawa ke bank berdekatan dahulu ataupun BNM cawangan.

*Jadi, kalau ada duit terkoyak tu boleh simpan tepi dulu nanti kita bawa pergi tukar okay!

Sumber: Rahman Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×