Famili

Faraj Tertutup? Orang Ramai Kena Tahu Apa Itu Penyakit Vaginismus! (Lihat Video Penuh)

1.2K
SHARES
penyakit vaginismus

Pernahkah anda dengar sebuah pasangan suami isteri tidak pernah dan tidak mampu melakukan hubungan intim? Penyakit yang jarang diketahui orang ramai ini dikenali sebagai Vaginismus atau disapa sebagai faraj tertutup.

“Ehhh! Ada juga ya orang yang tak suka buat seks?”

Jangan pelik kerana ianya benar terjadi! Tidak kepada semua pasangan ianya berlaku, tetapi penyakit ini memang wujud.

Baca juga: Pakar Kongsi 13 Tips Cepat Sembuh Luka C-Sec Lepas Bersalin

KENALI APA ITU PENYAKIT VAGINISMUS!

faraj tertutup

Apakah itu penyakit Vaginismus? Mari ikuti temubual eksklusif bersama pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos untuk mengupas lebih lanjut mengenai penyakit ini.

Menurut Dr. Aishah, Vaginismus atau faraj tertutup merupakan penyakit di mana, pasangan suami isteri mempunyai masalah tidak mampu melakukan hubungan seks.

FARAJ TERTUTUP: PRIMARY VAGINISMUS

Vaginismus terbahagi kepada dua iaitu primary dan secondary. Mengulas lanjut Dr. Aishah berkata, primary merupakan keadaan seseorang wanita yang tidak pernah melakukan hubungan kelamin walaupun sekali. Katanya, terdapat banyak sebab yang berlaku di dalam primary.

faraj tertutup

ANTARANYA SEPERTI BERIKUT:

  • Anxiety
  • Takut sakit
  • Otot mengeras
  • Sejarah silam

Anxiety terjadi apabila isteri takut melakukan hubungan seks kerana mendengar perkongsian rakan-rakan yang menyatakan bahawasanya ‘seks itu sakit’. Dr. Aishah menyatakan majoriti pesakit beliau datang disebabkan masalah anxiety dalam diri mereka.

Kesan anxiety, secara tidak langsung mendorong kepada tindak balas badan pesakit yang menjadikan otot-otot mengeras ketika melakukan hubungan intim itu.

“Apabila dia takut, otot badan otot kaki dan otot penis akan mengeras. Ini adalah yang paling selalu terjadi sebab kenapa pesakit itu ada Vaginismus.” kata Dr. Aishah kepada pemberita Sirap Limau.

Mengungkap mengenai sejarah silam, Dr. Aishah menjelaskan menjadi mangsa cabul memungkinkan pesakit berasa sangat takut mendekati seks ekoran trauma yang dihadapi.

FARAJ TERTUTUP: SECONDARY VAGINISMUS

faraj tertutup

Manakala, secondary ialah wanita yang pernah melakukan hubungan seks tetapi tiba-tiba pada satu waktu dia tidak mampu lakukannya.

ANTARA SEBABNYA ADALAH:

  • Anxiety
  • Bersalin
  • Pembedahan

“Biasanya lepas bersalin atau pembedahan dekat vagina, mungkin pesakit berasa takut sakit atau pun dia fobia. Time tu dia jadi anxiety dan dia takut untuk buat hubungan seks.” kata Dr. Aishah.

Beralih kepada persoalan bagaimana boleh timbulnya perasaan takut kepada wanita untuk melakukan seks, ini yang disampaikan oleh Dr. Aishah.

“Rata-rata pesakit yang datang ke klinik saya, daripada pengalaman saya, kaum hawa ni dia takut nak buat hubungan seks dia dapat Vaginismus…sebab dia dengar cakap kawan. 

Kawan cakap seks itu sakit! Seks itu berdarah! Seks tu pedih! Maka dia pun takut sebab dia tak pernah lagi rasa sakit ni (seks) kan.” jelas beliau.

Ditanya mengenai perumpamaan atau gambaran yang sesuai tentang kesakitan seks, buat wanita yang tidak pernah melakukannya, ini jawapan Dr. Aishah.

“Sakit seks itu tidak sakit sayang. Cuba ambil jari dan cubit tangan. Ha sakit tak? Seks itu kurang sakit daripada cubit ni tau.” katanya.

PENYAKIT-PENYAKIT LAIN SELAIN VAGINISMUS

Tambahnya lagi, sebelum membuat rawatan Vaginismus pesakit akan ditanya terlebih dahulu mengenai penyakit lain yang juga boleh menyumbang kepada rasa ‘mati’ untuk melakukan seks.

PASTIKAN TIADA PENYAKIT INI:

  • Jangkitan kuman pada vagina
  • Jangkitan kuman pada pundi kecing
  • Masalah dubur
  • Vulvar Vestibulitis (sensetif pada kawasan berhampiran tempat kemaluan)
  • Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif akibatkan rasa sakit)
  • Masalah kulit
  • Menopause

JANGAN TERLALU BERKONGSI KISAH RANJANG KEPADA RAKAN BUJANG!

faraj tertutup

Pada masa yang sama, Dr. Aishah turut memberikan nasihat kepada masyarakat di luar sana jangan terlalu bercerita tentang kisah dalam kain anda. Menakutkan rakan-rakan bujang akan memberi kesan kepada emosi mereka sewaktu awal berkahwin nanti.

“Kawan-kawan yang dah kahwin dan seangkatan, jangan takutkan kawan anda yang akan berkahwin. Jangan cakap sakit, jangan! You kena bagi support.

“Mak bapak yang nak membesarkan anak perempuan tu. Ya, Dr. Aishah faham kita nak anak perempuan kita jadi baik. Jadi, bila kita nak memberitahu dia tentang pengetahuan seks, cakap yang betul. 

“Dalam Islam kita tidak boleh buat hubungan seks sebelum bernikah. Cakap terus terang. Lepastu, kedua cakap dengan anak kita tak tahu pasangan kita sihat atau tidak. Nanti buat hubungan kelamin tanpa penjagaan boleh dapat penyakit kelamin.” ulas beliau lagi.

Dr. Aishah turut menekankan, jangan sesekali tanam dalam minda anak-anak dengan menakutkan mereka tentang keadaan dan kesakitan seks.

Tanpa sedar, ianya memberi kesan mendalam kepada emosi. Si anak membesar dengan perasaan takut dengan seks dan boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

80% PENDIRIAN PESAKIT UNTUK BERUBAH, 20% RAWATAN DOKTOR

Malah, Dr. Aishah menitipkan pesanan kepada penghidap penyakit Vaginismus. Di mana, 80% adalah keinginan pesakit untuk berubah dan selebihnya adalah rawatan daripada doktor.

Pesakit tidak perlu berasa segan dan takut untuk mendapatkan rawatan. Keluarlah mencari jawapan daripada pakar yang bertauliah. Anda mampu mengubahnya dan hidup bahagia bersama pasangan tercinta.

Nak mengetahui lebih lanjut, jangan lupa tonton video di bawah:

VIDEO PENUH:

FT Image: Motherhood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×