Famili

Ini Sebab Kenapa Isteri Suka Dipeluk, Bukan Sekadar Dahagakan Hubungan Seksual Semata Tapi…

12
SHARES

Peluk merupakan perbuatan fizikal yang menjadi kegemaran pasangan suami isteri terutamanya. Selain dapat memberikan perasaan yang menenteramkan dan menyalurkan kasih-sayang, ianya juga dapat mengurangkan rasa kegelisahan dan ketakutan.

Mungkin para suami menganggap pelukan yang diinginkan isteri kerana mendambakan hubungan seksual, tetapi menurut perkongsian dari Doktor Zubaidi yang dikongsikan semula oleh Doktor Amirul Amin, para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual sebenarnya.

Baca juga: Ini Rupanya 14 Jenis Kemuliaan Diberikan Kepada Wanita Islam Yang Hamil

ISTERI SUKA DIPELUK BUKAN SEMATA INGINKAN HUBUNGAN SEKSUAL SAHAJA

MENGAPA ISTERI SUKA DI PELUK

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan.

Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

PELUKAN MERUPAKAN BENTUK KOMITMEN CINTA & KESETIAAN PASANGAN- ISTERI

Gambar hiasan: Lifeberrys.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ”please, I just need a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.

Kredit : Dr Zubaidi

Sumber: Dr. Amirul Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×