Famili

Ini Rupanya 14 Jenis Kemuliaan Diberikan Kepada Wanita Islam Yang Hamil

42
SHARES

Hamil merupakan anugerah besar dari Allah SWT kepada satu-satunya pasangan kepada kaum lelaki iaitu kaum wanita. Wanita bukan makhluk yang lemah kerana mereka memiliki kekuatan yang tiada tolak bandingnya terutama ketika proses kehamilan sehinggalah melahirkan bayi.

Melalui perkongsian dari Doktor Amirul Amin, terdapat 14 kemuliaan yang diperolehi oleh wanita Islam yang sedang hamil. Apakah kemuliaan itu? Mari baca bersama dan mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Maha Pencipta.

Baca juga: Peguam Syarie Kongsi Apa Isteri Boleh Tuntut Bila Suami Minta Poligami, Jangan ‘Blur’ Depan Hakim

KEMULIAAN KEPADA WANITA ISLAM YANG HAMIL

Gambar hiasan: RumahZakat.

14 KEMULIAAN WANITA ‘‘ISLAM’’ YANG SEDANG HAMIL

1. Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu ibu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.


8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati dimasa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun Solat dan berpuasa.

Subhanallah…Semoga yang sedang membaca tausiah ini dan berkata aamiin.

Semoga dosanya diampuni oleh Allah, diangkat darjatnya, dimudahkan REZEKINYA, dikabulkan segala hajatnya dan mendapatkan jodoh yang setia serta anak yang soleh solehah hingga masuk syurga melalui pintu mana saja.

Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

Sumber: Facebook Dr. Amirul Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×