Famili

Wanita Beronani Bila Ter***sang…, Normal Atau Tidak?

20
SHARES
wanita beronani

Tahukah anda perbuatan melancap, beronani atau ‘masturbate’ bukan sahaja dilakukan oleh lelaki, malah wanita juga gemar melakukannya. Namun, persoalannya di sini, adakah normal buat kaum wanita beronani?

Berdasarkan sumber portal MyHEALTH, beronani adalah perbuatan normal dilakukan oleh kedua gender ini namun tidak semua individu melakukannya. Mari ikuti penulisan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut dari sudut kesihatan, pandangan agama dan tips menghindarkannya.

Baca juga: Kenali Warna Warni Keputihan Tidak Normal, Segera Dapatkan Rawatan Doktor!

NORMAL KE WANITA BERONANI?

wanita beronani

Gambar hiasan: Google.

APA ITU ONANI?

Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan onani adalah perbuatan mengeluarkan mani dengan ta­ngan. Manakala, melalui sumber MyHEALTH onani adalah perbuatan yang melibatkan sentuhan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap kepuasan nafsu (orgasm).

Ia adalah sesuatu yang peribadi dan sulit di mana, sebahagian daripada perkembangan seksual ini boleh berlaku kepada remaja lelaki mahupun remaja perempuan.

ADAKAH BERONANI SATU KESALAHAN?

Tidak semua individu melakukan onani, walaupun ia adalah satu proses pertumbuhan yang normal. Melakukannya secara berseorangan atau dengan pasangan merupakan satu cara mendapatkan keseronokan seksual tanpa risiko mengandung atau menghidap penyakit kelamin.

Menjadi satu kesalahan yang jelas, sekiranya perbuatan ini dilakukan di tempat terbuka. Malah, beronani dengan begitu kerap sehingga menjadi ketagih merupakan amalan tidak sihat.

BERONANI DARI PANDANGAN AGAMA

wanita beronani

Gambar hiasan: Aleksandar Nakic – Getty.

Seseorang individu itu, perlu mengambil kira pandangan agama masing-masing ketika membuat keputusan untuk beronani. Adalah lebih baik mendapatkan pandangan dan melakukan perbincangan dari mereka yang bertauliah mengenai perihal agama.

Perbuatan beronani sudah jelas dalam Islam adalah haram hukumnya.

Merujuk sumber Al-Kafi #382, orang yang melakukan onani untuk tujuan melepaskan kepuasan ialah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibolehkan oleh hukum Islam.

Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7

Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Surah al-Mukminun, (23 : 5-7)

Di dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-506, para ulama kebanyakannya menyatakan bahawa hukum beronani adalah haram. Imam Syafie ketika mengulas ayat di atas menyatakan bahawa:

فَلَا يَحِلُّ الْعَمَلُ بِالذَّكَرِ إلَّا فِي الزَّوْجَةِ أَوْ فِي مِلْكِ الْيَمِينِ وَلَا يَحِلُّ الِاسْتِمْنَاءُ

Maksudnya : “Tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba perempuan yang dimiliki. Dan tidak halal juga perbuatan istimna’ (mengeluarkan air mani).” (Lihat al-Umm, 5/102)

Lafaz الاستمناء atau onani itu berasal dari kata terbitan استمنى iaitu usaha mengeluarkan air mani.

Manakala dari sudut istilah pula ia membawa maksud mengeluarkan air mani tanpa melalui proses persetubuhan, sama ada secara haram seperti menggunakan tangan bagi memenuhi tuntutan syahwat, ataupun secara tidak haram, seperti mengeluarkan air mani melalui tangan isteri. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 4/97)

BAHAYAKAH BERONANI?

Secara amnya, ia tidak berbahaya. Namun, ia boleh menjadi bahaya sekiranya:

  1. Dilakukan dengan agresif sehingga mencederakan diri.
  2. Terlalu kerap beronani sehingga menyebabkan gangguan fizikal dan psikologi.
  3. Guna pelbagai jenis bahan seperti kain yang kasar untuk memberikan lebih rangsangan kepada bahagian kemaluan sehingga menyebabkan luka di bahagian kemaluan.
  4. Tidak dapat menumpukan perhatian, menjadi penat dan tiada tenaga untuk melakukan rutin harian kerana menghabiskan waktu malam dengan beronani dan asyik memikirkan perkara ini.
  5. Diri menjadi malu, rasa bersalah melalukan perbuatan yang dilarang dan risau ahli keluarga dan rakan-rakan akan mengetahui bahawa dia melakukan perkara ini.
  6. Tingkah laku melancap jika tidak dirawat akan menyebabkan kecelaruan emosi dan pelaku merasa tidak segan silu melakukannya di hadapan orang lain.
  7. Gangguan emosi yang menjurus kepada keinginan seksual yang tinggi boleh dirawat melalui sesi kaunseling dan psikoterapi.

WANITA BERONANI, INI 5 TIPS HINDARINYA!

Merujuk sumber Hello Doktor, terdapat 5 tips untuk menghindarkan diri dari beronani. Jom usahakan diri dengan cara-cara di bawah ini!

wanita beronani

Gambar hiasan: GettyImages.

1. JANGAN TIDUR BERTELANJANG

Elakkan tidur dalam keadaan telanjang. Terdapat individu yang gemar tidur dalam keadaan ini meskipun tidak ramai yang melakukannya.

Sebenarnya, keadaan ini boleh menyebabkan anda terasa ingin beronani. Ini kerana sentuhan kulit ke kulit boleh merangsang nafsu syahwat tanpa disedari. Jadikan tidur dengan berpakaian sebagai rutin dan hadkan sentuhan tangan ke bahagian sulit.

2. JAUHI PORNOGRAFI

Teknologi yang semakin maju membolehkan gambar, video dan laman sesawang lucah lebih mudah untuk diakses. Menonton pornografi adalah faktor kepada pendorong utama individu beronani.

Disebabkan itu, anda perlu cari jalan untuk menjauhinya. Malah, sistem keselamatan jalur lebar di Malaysia tidak kurang hebatnya seperti negara maju lain, di mana kebanyakan laman porno telah disekat.

Namun begitu, terdapat juga jalan lain untuk mengaksesnya dengan kemajuan teknologi sekarang. Kesudahannya, ia terpulang kepada diri sendiri dan perbanyakkan muhasabah diri.

3. ALIHKAN PERHATIAN DARI BERONANI

Isi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan di dalam rumah seperti bermain permainan video, membaca buku, melukis dan sebagainya.

Masa diisi dengan perkara yang bermanfaat dapat menjauhkan diri dari memikirkan perbuatan onani yang jelas boleh memudaratkan kesihatan seksual anda sekiranya dilakukan dengan terlalu kerap.

4. LUANGKAN MASA DENGAN ORANG SEKELILING

Kadang-kadang kesunyian menjadi alasan kepada seseorang itu untuk beronani ekoran tiada individu yang dapat menemani ketika masa lapang.

Rajinkan diri untuk sentiasa berinteraksi dengan orang di sekeliling. Lakukan pelbagai aktiviti yang memberikan kegembiraan kepada anda bersama mereka.

5. MELAKUKAN SENAMAN MUDAH

Setiap kali anda terasa ingin beronani, segera gunakan waktu itu untuk bersenam. Terdapat banyak aktiviti senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah tanpa perlu keluar.

Antaranya, melakukan push-up, sit-up, lompat bintang atau berlari setempat di dalam bilik anda. Anda boleh lakukannya!

Sumber: My HEALTH / Hello Doktor / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×