Sihat

5 Senaman Mudah Di Rumah Untuk Kecilkan Lengan ‘Chubby’ Anda!

95
SHARES

Lengan yang kelihatan agak gemuk dan gempal adalah angkara lemak yang mungkin telah terkumpul di kawasan berkenaan, sama seperti kawasan tubuh lain.

Pelbagai faktor terjadinya pengumpulan lemak pada lengan seperti faktor usia, tahap metabolisme tubuh badan yang semakin menurun seiring peningkatan usia serta kekurangan aktiviti berfizikal.

Baca juga: 7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari

5 SENAMAN MUDAH DI RUMAH UNTUK KECILKAN LENGAN

Justeru, bagi mendapatkan saiz lengan lebih ideal beberapa senaman yang difokuskan pada otot bisep, otot trisep serta otot bahu perlu dilakukan dalam mengurangkan jisim lemak dan meningkatkan jisim otot. Jom, kita cuba!

1. SENAMAN TEKAN TUBI

Posisikan tubuh badan anda secara meniarap dan menghadap lantai dengan tapak tangan dan lutut atau hujung jari kaki untuk menyokong semua berat.

Bengkokkan siku dengan perlahan dan turunkan tubuh badan sehingga dada hampir menyentuh lantai atau tikar senaman. Pertahankan posisi ini selama beberapa detik sehingga anda telah dapat rasakan kontraksi pada lengan, perut dan punggung anda.

Dorongkan tubuh badan secara turun naik melalui bengkokkan siku dan ulang proses ini sesuai dengan kemahuan serta kemampuan.

2. LATERAL PLANK WALK

Posisikan tubuh badan anda dengan posisi plank yakni sama dengan push up di mana berat badan disokong oleh tapak tangan dan hujung jari kaki.

Silangkan tapak tangan anda dengan cepat ke dalam kemudian ke luar dan dalam masa yang sama juga, gerakkan hujung jari untuk mengangkang dan menguncup secara serentak. Ulangi proses ini dengan cermat sehingga lengan anda sudah rasa tidak lagi mampu bertahan.

3. SCISSORS

Posisikan tubuh badan anda dengan berdiri tegak dan lurus. Pastikan kedua-dua belah kaki anda terbuka sedikit lebar daripada bahu. Depakan kedua-dua belah tangan anda dengan luas ke samping anda. Silangkan tangan dan kaki anda ke dalam secara serentak.

Ulangi proses ini beberapa kali dan pastikan anda melakukannya dengan urutan di mana tangan kanan dan kaki kanan perlu di atas tangan kiri dan tangan kanan serta sebaliknya secara berulang kali.

4. OPPOSITE ARM AND LEG LIFT

Posisikan tubuh badan menghadap ke lantai atau tikar senaman dengan tapak tangan dan lutut anda menyokong berat badan seperti sedang menonggeng.

Mulai dengan angkat tangan kanan anda lurus ke depan dan kaki kiri anda lurus ke belakang. Ulangi dengan angkat tangan kiri anda lurus ke depan dan kaki kanan anda lurus ke belakang.

Lakukan pergerakan ini dan tahan posisi tersebut sekurang-kurangnya beberapa minit sehingga terasa ada kontraksi pada otot-otot yang berkenaan.

5. SENAMAN OLAHRAGA KARDIO

Anda hanya perlu bersenam ringan dengan berjalan, berlari, berjoging, berenang, berbasikal atau sebarang aktiviti yang sesuai dengan kondisi tubuh badan.

Bukan sahaja ia akan membuat saiz lengan anda tampak lebih ideal, senaman olahraga kardio ini juga sudah tentu sangat bagus untuk kesihatan dan kecergasan yang total.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×