Sihat

7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari

7.1K
SHARES

KELEBIHAN SENAMAN PLANK

Pernah tak dengar orang kata, “Kalau rasa 1 minit tu sekejap, cubalah buat plank!”.

Walaupun nampak macam senaman statik dan mudah, sebenarnya posisi plank menggunakan banyak otot badan dan memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal.

Jom kita semak kelebihan senaman plank !

KELEBIHAN SENAMAN PLANK

1. Dapat Mengaktifkan Lebih Banyak Otot

Tahukah anda sebenarnya plank memberi lebih banyak manfaat daripada senaman ‘sit-up’?

Berbanding senaman sit-up yang hanya fokus pada bahagian abdomen, senaman plank dapat fokus pada seluruh bahagian badan !

Senaman plank dapat melatih pelbagai kawasan otot seperti lengan, kaki, abdomen dan pinggul.

Jadi, senaman plank ini sesuai diamalkan bagi yang ingin menguatkan otot pada seluruh bahagian badan berbanding satu bahagian pada satu masa.

Kredit Foto : insider.com

2. Dapat Membaiki Postur Badan

Bagi yang bekerja di hadapan komputer, anda pasti mengalami masalah sakit bahu dan belakang akibat duduk terlalu lama.

Anda boleh tangani masalah ini dengan senaman plank!

Senaman ini sangat baik untuk membetulkan postur badan dengan menguatkan otot belakang, bahu, leher dan abdomen.

Ini dapat melatih anda mengekalkan posisi bahu dan pinggang yang betul ketika duduk.

Senaman plank juga dapat meningkatkan kekuatan isometrik pada otot abdomen bagi mengelakkan anda untuk membongkok ketika duduk.

Kredit Foto : indiatvnews.com

3. Dapat Meningkatkan Tahap Fleksibiliti Badan

Senaman plank bukan sahaja baik untuk menguatkan otot, malah ia juga baik untuk meregangkan bahagian bawah badan.

Rutin regangan memberi manfaat kepada tubuh dengan meningkatkan lagi tahap fleksibiliti badan.

Jika anda ingin membuat regangan pada bahagian sisi, anda boleh berlatih posisi ‘side plank’ seperti di bawah.

Jika anda bosan dengan posisi plank biasa, terdapat banyak lagi posisi plank yang anda boleh cuba.

Kredit Foto : destinationdeluxe.com

4. Senaman Plank Boleh Diolah & Dipelbagaikan Mengikut Kesesuaian

Dalam melakukan senaman, jangan pula terlalu memaksa badan melebihi kemampuan.

Senaman plank ini boleh diolah mengikut tahap kekuatan badan.

Antara salah satu bentuk modifikasi yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan plank menggunakan kerusi terlebih dahulu.

Untuk ‘beginner’, anda boleh mulakan dengan menahan posisi selama 15 ke 30 saat.

Semakin anda sering berlatih, kekuatan badan akan meningkat.

Anda bolehlah menambah masa plank serta tukar posisi yang lebih mencabar kekuatan badan.

Kredit Foto : pumpsandiron.com

5. Baik Untuk Mencegah Sakit Belakang

Rutin kerja yang memerlukan kita duduk pada masa yang lama serta gaya hidup yang kurang aktif membuatkan kita mudah mengalami sakit belakang.

Amalan senaman plank dapat mencegah seseorang daripada masalah ini.

Senaman plank yang menguatkan otot abdomen dapat mengurangkan beban daripada berat badan ketika kita berdiri dan duduk.

Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada bahagian tulang belakang yang menyebabkan masalah sakit belakang.

Kredit Foto : plainfieldchiropractic.com

6. Baik Untuk Melatih Imbangan Badan

Selain menguatkan otot badan, senaman plank juga berperanan dalam menstabilkan otot bagi meningkatkan kebolehan imbangan badan.

Badan bergantung kepada kekuatan abdomen bagi mendapatkan keseimbangan.

Antara aktiviti yang mementingkan imbangan badan ialahi berlari, berbasikal dan mendaki gunung.

Disamping membaiki imbangan badan, otot yang stabil juga dapat mengelakkan seseorang daripada mudah cedera ketika melakukan aktiviti fizikal.

7. Membantu Meningkat Metabolisma Badan

Dengan rutin plank yang menguatkan kebanyakan otot badan pada satu masa, ia juga berupaya untuk membakar lebih banyak kalori.

Otot yang semakin kuat dan sihat dapat meningkatkan lagi tahap metabolisma badan serta mengurangkan risiko penghasilan lemak di badan yang boleh menyebabkan berat badan meningkat.

Senaman plank merupakan senaman yang sesuai bagi yang mempunyai kekangan masa untuk bersenam.

Anda cuma perlukan maksimum 2 ke 5 minit sehari untuk melakukan plank.

Senaman ini baik bagi menguatkan otot-otot badan serta baik untuk membaiki postur badan.

Kredit Foto : meathsports.ie

Cara Betul Buat Senaman Plank

Inilah cara yang bet untuk melakukan plank:

Langkah 1: Pertama sekali merangkak dan angkat lutut dari lantai. Sekarang luruskan kaki anda untuk membuat tubuh anda lurus seperti sebuah papan (plank) sepenuhnya.

Langkah 2: Kaki anda harus selebar bahu dan telapak tangan anda harus tepat di bawah bahu anda, menekan lantai.

Langkah 3: Panjangkan tulang belakang anda dan latih otot perut, lengan, dan kaki Anda. Panjangkan bahagian belakang leher anda dan lihat ke bawah. (Jangan pandang depan tau!)

Langkah 4: Tahan posisi ini setidaknya 10-30 saat, lalu relaks. Ulangi sebanyak beberapa set dalam tempoh 2 hingga 5 minit.

Contoh kelebihan senaman plank

Jom Buat Senaman Plank!

Bagi yang ingin mulakan senaman plank, anda boleh memilih posisi plank yang sesuai bergantung kepada tahap kekuatan badan.

Jika sudah mahir, anda boleh mara ke posisi yang lebih mencabar dan tingkatkan lagi masa plank.

Jangan lupa untuk kekal aktif walaupun hanya duduk di rumah.

Dengan adanya senaman plank, kini anda boleh bersenam dengan lebih mudah dan berkesan.

Selamat mencuba!

 

Sumber :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×