Sihat

Beronani Semasa Haid, Kurang Terus Rasa Senggugut! Biar Betul?

35
SHARES
kebaikan onani semasa haid

Beronani semasa haid mungkin kedengaran agak janggal dan kotor. Namun, tahukah anda terdapat lima kebaikan onani semasa haid yang mungkin anda tidak tahu.

Sebelum baca dengan lebih lanjut, anda perlu tau maksud onani. Onani, masturbasi atau melancap merupakan perbuatan melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap kepuasan nafsu (orgasm). Jadi, kalau nak tahu kebaikan onani semasa haid buat wanita, mari baca artikel di bawah.

Baca juga: Wah! Nak Tambah Berat Badan Tak Perlu Risau Kolesterol, Makan Ubi Kayu Saja

KEBAIKAN ONANI SEMASA HAID

kebaikan onani semasa haid

Gambar: feelinglucky

Ramai orang masih tertanya mengenai beronani sewaktu datang haid, apakah ia berbahaya? Melalui portal Sehat Q, beronani ketika datang haid merupakan aktiviti yang selamat untuk dilakukan.

Terdapat pelbagai kebaikan onani semasa haid yang boleh perolehi, antaranya adalah:

1. Kurang stres

Aktiviti beronani dipercayai mampu mencetuskan pembebasan hormon oksitosin di dalam otak. Oksitosin memberikan kesan relaks dengan mengurangkan hormon stres seperti kortisol.

Selain itu, hormon prolaktin yang turut dikeluarkan semasa beronani juga membantu mengawal tindak balas anda terhadap stres.

2. Kualiti tidur meningkat

Pembebasan oksitosin dan endorfin semasa beronani mempunyai kesan menenangkan. Perasaan tenang akan membantu anda tidur dengan lebih mudah. Selain oksitosin dan endorfin, beronani turut melepaskan hormon prolaktin yang berkaitan dengan rasa mengantuk.

3. Kurang rasa sakit 

Kebaikan beronani semasa haid dapat membantu melegakan sakit perut, punggung, kepala dan sendi akibat haid. Keupayaan itu tidak dapat dipisahkan daripada hormon dopamin dan serotonin yang dikeluarkan apabila anda mencapai klimaks. Kedua-dua hormon ini mempunyai fungsi sebagai penahan sakit semula jadi.

Baca juga: Tak Sangka Hormon Ini Punca Cirit-Birit Semasa Haid, Patutlah Sampai Senggugut!

4. Mood meningkat

kebaikan onani semasa haid

Gambar: freepik

Klimaks yang berlaku selepas anda beronani mencetuskan pembebasan endorfin. Hormon ini diketahui mempunyai keupayaan untuk memperbaiki mood yang tidak stabil semasa haid.

5. Rasa lebih puas sewaktu mencapai klimaks

Melakukan onani semasa haid boleh membuatkan anda berasa lebih puas apabila mencapai klimaks. Hal ini kerana semasa haid, aliran darah dan peredaran darah anda meningkat, seterusnya meningkatkan keghairahan, kepekaan dan kepuasan semasa beronani.

Kesimpulan

Kebaikan onani yang diperolehi semasa haid boleh berbeza bagi setiap orang. Jika aktiviti ini mencetuskan kesakitan dan meningkatkan jumlah pendarahan, disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera.

Dalam pada itu, anda perlu mengambil kira pandangan agama masing-masing ketika membuat keputusan untuk beronani. Hal ini kerana, aktiviti mengeluarkan air mani dengan sengaja dianggap satu bentuk zina tangan di dalam agama Islam.

Hukum onani sering menjadi persoalan orang ramai kerana beranggapan itu merupakan satu perkara biasa dan tidak berdosa. Nak tahu lebih lanjut, tekan artikel ini.

Baca juga: “Aduh, Pedihnya!”- Ini Punca Kencing Rasa Panas Semacam, Rawat Segera!

Sumber: Sehat Q

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×