Sihat

“Aduh, Pedihnya!”- Ini Punca Kencing Rasa Panas Semacam, Rawat Segera!

18
SHARES
Punca kencing terasa panas

Punca kencing terasa panas disebabkan oleh masalah kesihatan yang memerlukan perhatian. Di mana, dalam dunia perubatan air kencing terasa panas atau pembuangan air kecil yang menyakitkan dikenali sebagai Dysuria.

Dysuria merupakan istilah umum yang menggambarkan pelbagai ketidakselesaan ketika membuang air kecil seperti air kencing terasa panas, pedih, sakit dan sebagainya. Justeru itu, mari ketahui dengan lebih lanjut beberapa punca kencing terasa panas seperti di bawah.

Baca juga: Tak Sangka No. 6 Boleh Bawa Kematian Kalau Vagina Tak Jaga Betul, Ini 7 Penyakit Kelamin Wanita!

PUNCA KENCING TERASA PANAS

Punca kencing terasa panas

Gambar: jcomp

1. Jangkitan saluran kencing (UTI)

Air kencing terasa panas adalah simptom jangkitan saluran kencing (UTI). Jangkitan ini boleh disebabkan oleh bakteria atau keradangan.

Saluran kencing terbentuk dari uretra, pundi kecing, ureter dan buah pinggang. Keradangan pada salah satu organ ini boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing. Doktor boleh memberi ubat penahan sakit dan antibiotik untuk merawat air kencing panas akibat jangkitan saluran kencing.

2. Jangkitan seksual (STI)

Selain itu, air kencing panas juga boleh berlaku jika anda mempunyai jangkitan seksual (STI) seperti herpes, chlamydia, atau gonorrhea. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa banyak kes STD tidak menunjukkan sebarang gejala.

Rawatan jangkitan seksual akan disesuaikan dengan jenis jangkitan dan simptomnya. Doktor biasanya akan memberikan antibiotik atau antivirus untuk merawat masalah ini.

Di samping itu, memandangkan STI boleh terjadi tanpa gejala, pemeriksaan berkala sangat disyorkan terutamanya jika anda adalah antara mereka yang berisiko.

3. Cystitis

Cystitis adalah keradangan lapisan pundi kencing. Keadaan ini boleh menyebabkan kencing terasa panas dan berwarna kuning. Gejala lain cystitis yang boleh muncul termasuk:

  • Sakit pada pundi kencing dan kawasan pinggul
  • Air kencing berbau kuat
  • Darah dalam air kencing
  • Rasa tidak sihat

Dalam kes cystitis ringan, keadaan ini boleh sembuh sendiri dalam beberapa hari. Sebaliknya, doktor boleh memberikan rawatan antibiotik untuk merawat cystitis kronik.

Baca juga: 11 Manfaat Hubungan Intim Di Waktu Pagi, Lebih Tahan Lama & Bakar Kalori Lebih Banyak, WOW!

4. Epididymitis

Punca kencing terasa panas

Gambar: drobotdean

Khususnya pada lelaki, kencing panas boleh disebabkan oleh epididymitis atau keradangan epididymis yang terletak di belakang testis. Keadaan ini biasanya disertai dengan beberapa gejala lain yang juga perlu diberi perhatian.

  • Skrotum bengkak, merah atau hangat
  • Testis terasa sakit, biasanya di satu sisi dan muncul secara beransur-ansur
  • Buang air kecil yang menyakitkan, tidak dapat ditahan atau kerap berlaku
  • Keluar cairan dari zakar
  • Sakit di bahagian bawah perut atau kawasan pinggul
  • Darah dalam air mani

Epididymitis boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti jangkitan seksual (STI), trauma, tuberkulosis (TB) dan masalah lain. Anda perlu segera berjumpa doktor jika mengalami simptom epididymitis seperti air kencing panas untuk mendapatkan rawatan lanjut

5. Penyakit radang pelvis (PID)

Penyakit radang pelvis boleh menjejaskan tiub fallopio, ovari, serviks dan rahim. Ia juga boleh berlaku selepas kencing terasa panas. Selain itu, penyakit radang pelvis juga mempunyai simptom lain yang boleh anda kenal pasti seperti:

  • Sakit perut
  • Kesakitan semasa hubungan seks
  • Rasa sakit semasa membuang air kecil

Penyakit radang pelvis perlu dirawat secepat mungkin sebelum menjadi lebih teruk kerana ia boleh merebak ke organ pembiakan. Bagi merawat keadaan ini, doktor boleh menetapkan beberapa jenis antibiotik.

6. Batu karang

Batu karang adalah punca kencing panas yang perlu anda perhatikan. Keadaan ini juga boleh ditandai dengan beberapa gejala lain, seperti:

  • Sakit perut yang teruk atau berterusan
  • Sakit pada satu atau kedua-dua belah belakang
  • Mual atau muntah
  • Demam atau menggigil
  • Air kencing keruh, berbau busuk atau berdarah

Batu ginjal kecil boleh sembuh dengan sendirinya atau dengan bantuan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, batu karang yang besar boleh menyiksa penghidap sehingga pembedahan mungkin diperlukan untuk membuangnya.

Kesimpulan

Sekiranya anda merasakan air kencing anda panas selama lebih daripada tiga hari atau ia sering berulang, segera dapatkan nasihat doktor. Hal ini kerana, pakar perubatan boleh menyediakan rawatan yang diperlukan untuk mencegah komplikasi dan melegakan puncanya.

Baca juga: Opss! Suami Geram Selalu Gigit Leher? Jangan Malu, Ini 9 Cara Hilangkan Cop Love Bite!

Sumber: Sehat Q

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×