Cantik

Tak Sangka No. 6 Boleh Bawa Kematian Kalau Vagina Tak Jaga Betul, Ini 7 Penyakit Kelamin Wanita!

47
SHARES
jenis penyakit kelamin wanita

Penyakit kelamin wanita boleh menyebabkan gejala yang sedikit berbeza dengan lelaki. Malah, ia boleh menjadi lebih teruk daripada penyakit kelamin pada lelaki. Terdapat banyak jenis penyakit kelamin wanita yang perlu anda tahu.

Majoritinya adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria, kulat, atau virus. Justeru itu, mari lihat 7 jenis penyakit kelamin wanita yang wujud.

Baca juga: 5 Langkah Nak Pakai Kondom Wanita, Pancut Pasti Tak Tembus & Elak Penyakit Kelamin!

JENIS PENYAKIT KELAMIN WANITA

jenis penyakit kelamin wanita

Gambar: lifestylememory

1. Chlamydia

Chlamydia ialah penyakit kelamin wanita yang disebabkan oleh bakteria Chlamydia Trachomatis dan kadangkala sukar dikesan pada peringkat awal jangkitan. Biasanya gejala mula dirasai selepas 1-3 minggu jangkitan bakteria ini.

Gejala chlamydia yang boleh dialami oleh wanita termasuk lah:

  • Sakit di bahagian bawah perut
  • Terdapat cecair atau kotoran yang keluar dari vagina
  • Sakit semasa melakukan hubungan seks
  • Sakit semasa buang air kecil
  • Pendarahan apabila tidak datang haid

2. Trichomoniasis

Trichomoniasis ialah jangkitan dengan parasit Trichomonas Vaginalis dan disebarkan melalui hubungan seksual. Pada lelaki, trichomoniasis jarang menunjukkan gejala yang mengganggu.

Namun, pada wanita penyakit kelamin ini boleh menyebabkan gejala seperti:

  • Cairan yang berbau dan berwarna kuning kehijauan
  • Rasa gatal pada vagina
  • Kerengsaan pada vagina
  • Sakit semasa buang air kecil atau melakukan hubungan seks

3. Herpes

Selain itu, herpes juga termasuk dalam jenis penyakit kelamin wanita yang sangat mudah dijangkiti. Seseorang boleh dijangkiti herpes hanya melalui sentuhan langsung dengan kulit orang yang dijangkiti herpes.

Herpes adalah jangkitan Herpes Simplex Virus (HSV) dan ubat-ubatan yang diberikan biasanya berfungsi untuk membantu menangani gejala yang dialami dan menghentikan replikasi virus herpes. Umumnya, gejala herpes yang timbul adalah ruam atau lebam pada vagina atau dubur.

Walau bagaimanapun, tidak semua penghidap herpes mengalami ruam atau bintik-bintik. Disebabkan itu, tidak semua orang sedar bahawa mereka telah dijangkiti penyakit kelamin ini dan boleh menularkannya kepada orang lain.

4. Gonorrhea

Gonorrhea atau sering disebut sebagai kencing nanah adalah penyakit kelamin wanita yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, kadang-kadang boleh dihidapi bersama dengan chlamydia.

Gejala gonorrhea boleh muncul sepuluh hari atau bahkan berbulan-bulan selepas dijangkiti. Berikut adalah beberapa keadaan yang boleh dialami oleh seseorang yang menghidap gonorrhea:

  • Pendarahan banyak semasa haid atau pendarahan ketika tidak datang haid
  • Kemunculan keputihan yang tebal, keruh atau berdarah dari vagina
  • Gatal di dubur
  • Rasa sakit atau terbakar semasa buang air kecil
  • Sakit ketika membuang air besar

Baca juga: 5 Jenis Bentuk Punggung Wanita, Nak Nampak ‘Aset Mantap’ Kena Ikut Cara Ini

5. HPV

jenis penyakit kelamin wanita

Gambar: freepik

Human Papilloma Virus (HPV) adalah penyakit kelamin yang cukup biasa di kalangan wanita dan lelaki. Jangkitan virus HPV boleh meningkatkan risiko kanser serviks pada wanita.

Kadang-kadang, jangkitan HPV tidak menimbulkan gejala atau hanya menyebabkan ketuat alat kelamin. Ketuat kelamin boleh secara tunggal atau dalam jumlah yang banyak. Ketuat kelamin dalam jumlah yang banyak boleh menjadi satu dan berbentuk seperti kubis bunga.

Pada wanita, ketuat alat kelamin boleh tumbuh pada vulva iaitu kawasan antara faraj dan dubur, pada serviks dan pada dinding vagina. Selain ketuat alat kelamin, gejala lain yang mungkin timbul akibat HPV termasuk lah:

6. Kanser

Kanser atau pertumbuhan sel-sel yang tidak normal juga boleh berlaku pada organ intim wanita atau disebut sebagai kanser ginekologi. Kanser adalah penyakit wanita berbahaya yang boleh menyebabkan kematian. Beberapa jenis kanser ginekologi yang boleh menjejaskan wanita termasuklah:

  • Kanser ovari
  • Kanser rahim
  • Kanser vagina
  • Kanser vulva
  • Kanser pangkal rahim (serviks)

7. Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila tisu yang menyerupai tisu dinding rahim, tumbuh di luar rahim seperti di ovari, belakang rahim, usus atau pundi kencing. Punca penyakit kelamin wanita ini belum diketahui dengan pasti.

Walau bagaimanapun, endometriosis tidak boleh dianggap remeh kerana ia boleh menjejaskan kesuburan wanita. Antara simptom endometriosis yang perlu anda ketahui termasuk:

  • Kesakitan terutamanya di bahagian perut, bawah punggung dan kawasan pelvis
  • Menstruasi yang berat, sama ada kesakitan yang teruk atau jumlah darah haid yang banyak

Kesimpulan

Melindungi kawasan alat sulit wanita adalah langkah utama untuk mencegah penyakit kelamin. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:

Dengan mengambil langkah-langkah di atas, risiko mendapat penyakit kelamin wanita terutamanya yang disebabkan oleh jangkitan dapat dikurangkan.

Baca juga: 11 Manfaat Hubungan Intim Di Waktu Pagi, Lebih Tahan Lama & Bakar Kalori Lebih Banyak, WOW!

Sumber: Sehat Q

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×