Sihat

Ini Sebab Puting Payudara Wanita Mengeras, Terutama Yang No.1 Itu Mengancam!

2
SHARES
puting payudara mengeras

Puting payudara mengeras boleh berlaku atas beberapa sebab dan ia merupakan hal biasa yang terjadi kepada kaum wanita. Malah, secara umumnya, puting payudara boleh mengeras sewaktu mendapat rangsangan seksual, menyusu badan dan sebagainya.

Namun, keadaan ini juga boleh jadi tanda kepada masalah kesihatan yang anda perlu berwaspada. Justeru itu, jom lihat apakah penyebab kepada puting payudara mengeras.

Baca juga: Semasa Haid Ada 3 Ciri-Ciri Ini? Hati-Hati Itu Petanda Kanser Serviks, Tolong Cek Segera!

PUTING PAYUDARA MENGERAS

puting payudara mengeras

SEBAB-SEBAB PUTING MENGERAS

1. Rangsangan seksual

Puting merupakan salah satu kawasan sensitif bagi wanita. Sewaktu puting mendapat rangsangan, saraf akan memberi tahu otot-otot di sekitar kawasan tersebut untuk berkontraksi sehingga puting menjadi keras.

Selain puting payudara mengeras, ketika keghairahan seksual meningkat anda mungkin akan merasa lebih hangat, jantung berdebar lebih cepat dan vagina menjadi lebih basah.

2. Menyusu badan

Puting payudara mengeras ketika menyusu badan merupakan keadaan yang biasa terjadi kerana adanya sentuhan fizik dengan mulut bayi.

Namun, keadaan tersebut juga boleh menandakan mastitis (jangkitan payudara). Di mana, ia terjadi akibat tersumbatnya saluran susu atau masuknya bakteria ke payudara melalui puting yang merekah.

3. Ovulasi

Ovulasi adalah proses pembebasan sel telur dari ovari yang menandakan bahawa wanita berada dalam waktu subur. Ketika berovulasi, hormon estrogen mengalami peningkatan yang boleh membuat puting mengeras.

Selain itu, keadaan ini juga boleh dilihat dengan tanda keputihan, perubahan lendir serviks, kekejangan atau sakit pelvis, kembung dan meningkatnya libido.

4. Hamil

puting payudara mengeras

Meningkatnya kadar hormon kehamilan dan bekalan darah dalam tubuh dapat menyebabkan puting menjadi lebih menonjol, besar dan keras. Payudara pun boleh terasa lembut dan sensitif.

Selain itu, areola atau bahagian gelap di sekitar puting juga menjadi lebih gelap.

5. Menopaus

Ketika memasuki fasa menopaus, banyak terjadi perubahan pada tubuh kerana kadar estrogen menurun, termasuklah payudara. Perubahan pada payudara dapat memengaruhi puting menjadi lebih keras.

Selain itu, gejala menopaus yang lain meliputi hot flashes, kekeringan vagina dan rangsangan seksual berkurangan.

Baca juga: Opss Ini Rupanya 9 Punca Lelaki Mandul, No. 4 Itu Kena Jaga-jaga!

6. Alergi

Kadang-kadang alergi terhadap produk yang digunakan pada kawasan payudara seperti sabun, lotion atau fabrik pakaian boleh menyebabkan puting payudara mengeras.

Bukan itu sahaja, kulit sekitar kawasan puting juga boleh gatal, merekah, ruam dan kemerahan.

7. Cuaca sejuk

Cuaca sejuk menjadi salah satu penyebab paling umum ereksi puting. Ketika cuaca sejuk, sel saraf puting dapat dirangsang dan menyebabkan pembuluh darah di dalamnya sempit. Hal itulah yang membuat puting payudara mengeras ketika berada dalam suhu sejuk.

8. Abses payudara

Masuknya bakteria ke payudara melalui puting yang merekah dapat menyebabkan pengumpulan nanah hingga menghasilkan abses. Abses payudara sangatlah menyakitkan dan boleh membuat puting payudara mengeras. Anda juga mungkin mengalami sakit otot, demam, mual dan sakit kepala.

9. Jangkitan kulat

Jangkitan kulat Candida dapat menyebabkan puting sakit dan mengeras yang umumnya terjadi pada orang yang menyusu.

Gejala lain yang boleh anda rasakan adalah hangat terbakar atau menyengat pada puting. Bayi yang diberi ASI melalui puting tersebut biasanya memiliki bintik putih di mulutnya.

10. Kanser payudara

Kanser payudara dapat menunjukkan tanda puting yang terasa sakit, kemerahan, bersisik, menebal, keras dan mengeluarkan cairan.

KESIMPULAN

Puting mengeras boleh dirawat bergantung kepada penyebabnya. Jadi, adalah lebih baik anda berjumpa doktor untuk mendapatkan jawapan yang lebih jelas.

Baca juga: Lama Sungguh Kalau Beli Coli, Ini Tips Pilih Bra & Cara Ukur Yang Betul, Barulah Payudara Selesa!

Sumber: SihatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×