Inspirasi

Lelaki Ini Pernah Ambil Pil Hormon Seawal Usia 13 Tahun, Berhenti Bila Payudara Membesar!

7
SHARES
pil hormon

Baru-baru ini, Sirap Limau telah mengadakan satu temubual eksklusif mengenai topik ‘Potong & Pil Hormon: Aku Bukan Pondan’ di program Realiti Podcast pada episod 1 yang lalu.

Di mana, tetamu jemputan bernama Nizam Rahman, 33, yang juga merupakan seorang influencer, telah berkongsikan mengenai pengalamannya sendiri yang pernah mengambil pil hormon seawal umur 13 tahun. Mari, ikuti pendedahannya di bawah!

Baca juga: Ada Penyakit Kronik Tapi Nak Ambil Suplemen Je Tak Nak Makan Ubat Dari Makmal, Boleh Ke?

PIL HORMON

pil hormon

Menurut Nizam, dia merupakan seorang lelaki lembut yang menyukai perempuan. Di mana, nalurinya ingin menjadi lelaki lembut adalah datang secara semula jadi sejak dari kecil lagi dan lebih berminat untuk bermain permainan kanak-kanak perempuan.

“Lembut ada banyak macam lelaki lembut, maknyah dan pondan. Macam saya kategori lembut dan menyukai wanita.

“Dari kecil saya dah mula lembut, bukan lembut yang dibuat-buat memang semula jadi. Maksudnya kecil-kecil saya suka main mainan perempuan.

“Kalau ayah saya belikan mainan lelaki macam robot saya tak suka. Memang dari kecil perasaan, orang panggil naluri lembut memang dari kecil. Tak tahu datang dari mana tapi jiwa memang dah suka benda-benda wanita seperti minat kecantikan. 

“Saya perasan dari kecil (tadika) saya memang suka mainan perempuan,” ujarnya.

Baca juga: 3 Risiko Cabut Gigi Bila Tekanan Darah Terlalu Tinggi, Nyawa Boleh Terancam!

Pernah ambil pil hormon semasa berumur 13 tahun

pil hormon

Ceritanya lagi, fasa kehidupannya semasa di sekolah menengah agak sedikit teruk. Nizam jadi semakin berani untuk cuba mengambil pil hormon selama 3 tahun, sebelum berhenti ekoran perubahan yang dialami pada tubuhnya.

“Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 fasa hidup saya menjadi sedikit ‘over’ (teruk). Di mana, saya pernah telan pil hormon. Waktu itu saya dalam keadaan yang nak tahu semua benda.

“Saya ambil pil hormon hingga tingkatan 3 dan kemudiannya berhenti makan kerana saya mengalami beberapa kesan sampingan seperti sakit badan, tubuh naik jerawat, payudara akan sedikit naik dan kulit halus seperti wanita,” katanya.

Ekoran perubahan pada fizikalnya itu, ia telah dikesan oleh keluarganya yang membuatkan pergerakan bebas Nizam telah disekat.

“Lepas ketahuan saya ambil pil hormon, keluarga saya mula sekat pergerakan supaya saya tak berubah ke arah lebih teruk. Jadi, saya amat bersyukur atas tindakan tersebut yang membuatkan saya tidak terjerumus jauh, selain saya usaha untuk mengawal diri,” jelas Nizam kepada hos Realiti Podcast.

Baca juga: Resepi PATI LEMON MADU Bantu Reda Batuk Tak Henti & Gatal Tekak, Barulah Lega!

Pengalaman berdiri di lorong memakai pakaian wanita

Lanjutnya lagi, dia juga hampir terjerumus ke lembah mak nyah sewaktu usia 15 tahun. Di mana, dia pernah memakai pakaian wanita dan berdiri di lorong setelah mendapat kata pujian dan sokongan dari golongan tersebut.

“Masa tingkatan 3 saya memang sudah mengenali ramai mak ayam di lorong. Saya pernah sekali memakai pakaian wanita dan berdiri di lorong atas dorongan golongan tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakannya itu terhenti di situ kerana teringat akan mak dan ayahnya. Nyatanya lagi, tanpa sokongan daripada keluarga dia mungkin terjerumus ke kancah lebih gelap yang tiada siapa membimbingnya untuk keluar ke jalan yang lebih baik.

Anda boleh tonton video penuh Realiti Podcast di bawah!

VIDEO REALITI PODCAST

Baca juga: 3 Petua Melegakan Sembelit Dicadangkan Doktor, Baru Puas Dapat Keluar Najis Keras!

Sumber: Youtube Realiti Podcast

FT Image: Realiti Podcast

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×