Sihat

Ada Penyakit Kronik Tapi Nak Ambil Suplemen Je Tak Nak Makan Ubat Dari Makmal, Boleh Ke?

8
SHARES
penyakit kronik

Terdapat pelbagai jenis penyakit kronik yang ditakuti oleh orang ramai dan berbahaya jika tidak dikesan dan dikawal, seperti diabetis dan hipertensi. Selain ubat sintetik yang dihasilkan dari makmal, ada juga dalam kalangan penghidap yang gemar mengambil suplemen untuk mengawal penyakit tersebut.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, pesakit tidak digalakkan untuk menghentikan pengambilan ubat sintetik dan menggantikan dengan suplemen atau herba. Jadi, bolehkah mengambil salah-satu sahaja dan apakah fungsi mereka? Huraiannya ada di bawah.

Baca juga: 3 Risiko Cabut Gigi Bila Tekanan Darah Terlalu Tinggi, Nyawa Boleh Terancam!

PENYAKIT KRONIK

penyakit kronik

Gambar: racool_studio

APA PERBEZAAN ANTARA UBAT DRUG SINTETIK DENGAN SUPLEMEN?

“Assalamualaikum. Saya ada penyakit kronik. Diabetis, hipertensi, kolestrol yang tinggi, gout. Umur awal 40an. Sekarang saya diberikan pelbagai jenis. Namun ada kalanya ia terkawal dan ada kalanya ia tidak terkawal. Saya berminat untuk mengambil suplemen. Apa pendapat doktor?”

Baca juga: Resepi PATI LEMON MADU Bantu Reda Batuk Tak Henti & Gatal Tekak, Barulah Lega!

Walaikumusalam.

Saya tidak menggalakkan tuan menghentikan pengambilan ubat sintetik dan mengganti sama ada suplemen atau herba, walaupun terdapat kesan sampingan pengambilan ubat sintetik yang diambil dalam jangka masa yang panjang.

Banyak punca masalah penyakit kronik yang tidak terkawal. Antaranya tidur yang tidak mencukupi, stress, tidak melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan tidak cukup minum air. Cuba periksa sama ada tuan telah mengelakkan faktor-faktor ini.

Boleh mengambil suplemen dalam bentuk vitamin, mineral dan antioksidan sebagai rawatan tambahan. Jika penyakit sudah bertambah terkawal, mungkin doktor akan mengurangkan dos yang diberikan.

Baca juga: 3 Petua Melegakan Sembelit Dicadangkan Doktor, Baru Puas Dapat Keluar Najis Keras!

Perbezaan ubat sintetik dan suplemen

Ubat Sintetik dan Suplemen mempunyai perbezaan yang penting dalam penggunaan dan sifat mereka. Berikut adalah beberapa perbezaan antara keduanya:

1. Ubat Sintetik:

Asal: Ubat-ubatan sintetik dihasilkan secara makmal melalui proses kimia. Mereka tidak berasal dari sumber semula jadi seperti tumbuhan atau herba.

Bahan Aktif: Ubat sintetik mengandungi bahan aktif yang telah dihasilkan secara sintetik. Bahan aktif ini sering kali dikenalpasti dan diasingkan untuk memastikan kesan yang diingini dan mengurangkan kesan sampingan.

Kualiti dan Kuantiti: Penghasilan ubat sintetik memastikan kualiti yang terjamin, kesan yang spesifik, dan kuantiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pesakit.

Kelebihan: Ubat sintetik membolehkan dos yang standard dan konsisten, serta meminimumkan variasi dalam kandungan bahan aktif.

Baca juga: Dr. Pesan Pesakit EKZEMA Kena Kerap Sapu ‘Moisturizer’ Berbanding Krim Steroid, Sebabnya…

2. Suplemen:

Asal: Suplemen biasanya berasal dari sumber semula jadi seperti vitamin, mineral, atau herba. Mereka tidak dihasilkan secara sintetik.

Bahan Aktif: Suplemen mengandungi bahan-bahan yang terdapat secara semula jadi. Contohnya, vitamin C dalam suplemen asid askorbik berasal dari buah-buahan atau sayur-sayuran. Namun begitu ada juga yang dihasilkan dalam makmal dalam bentuk sintetik

Tujuan: Suplemen digunakan untuk melengkapkan kekurangan nutrien dalam diet atau untuk tujuan kesihatan tertentu. Kurang kesan sampingan berbanding dengan ubat sintetik.

Kekurangan: Suplemen mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk merawat dan lebih sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan.

Rumusan

Jadi, ubat sintetik yang dihasilkan dengan teknologi terkini untuk memastikan kesan yang spesifik, kualiti yang terjamin, dan kuantiti yang mencukupi. Manakala, suplemen lebih berfokus pada sumber semula jadi dan keperluan nutrien.

Semoga penjelasan ini membantu!

Baca juga: Penyakit PSORIASIS Beza Dengan Ekzema, Sel Kulit Baru Lebih Cepat Terhasil Dari Orang Biasa!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: wayhomestudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×