Biarpun ruam yang timbul pada kulit seakan sama, namun psoriasis adalah berbeza sama sekali dengan ekzema. Menurut Dr. Erna Nadia penyakit psoriasis ruamnya agak tebal berkeruping dan penyakit kronik yang bukan disebabkan oleh alahan seperti ekzema.
Penyebabnya boleh terjadi dalam pelbagai faktor. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai penyakit Psoriasis, mari lihat butirannya di bawah.
Baca juga: Sebenarnya 3 Waktu Ini Dilarang Untuk Mandi & Orang Ramai Kena Tahu Sebabnya!
PENYAKIT PSORIASIS
Psoriasis ini tak macam ekzema (eczema) sebab dia adalah penyakit kronik, penyakit autoimmune yang bukanlah disebabkan oleh alahan atau atopic macam eczema.
- Psoriasis ini berlaku bila umur dah meningkat dewasa
- Kalau eczema, memang dari bayi lagi kita dah boleh nampak ohhh budak ini ada eczema
Penyebab psoriasis
Penyebab psoriasis ini ada pelbagai. Biasanya disebabkan oleh genetik dan imuniti rendah. Dia ada triggering factors iaitu sesuatu yang boleh merangsang ianya berlaku. Contohnya:
- ada luka di bahagian kulit (menyebabkan Koebner response)
- terlebih minum alkohol
- stress
- merokok
- pengambilan ubatan
- masalah hormon
- sakit tekak
- penyakit imun macam HIV
- dan lain-lain
Baca juga: Tidur Lepas Subuh Ganggu Keluarnya Hormon Kecergasan, Itu Yang Letih Siang Hari Berpuasa!
Perbezaan psoriasis dengan ekzema
Apa berlaku adalah sel kulit digantikan dengan lebih cepat dari biasa. Jadi lama-lama ianya menjadi sangat tebal dan itulah bezanya ruam psoriasis dengan eczema.
Bagi orang biasa, kebiasaannya untuk badan kita menghasilkan sel kulit baru dari bahagian paling dalam dalam kulit itu mengambil masa dalam 3-4 minggu. Tetapi untuk psoriasis, proses ini berlaku dalam 3-7 hari sahaja.
Ruam psoriasis ini dia tebal, berkeruping dan gatalnya juga tak sama macam eczema. Biasanya ruam psoriasis ini jadi pada bahagian pelipat kulit, kulit kepala, siku, lutut.
Ha nampak tak bezanya.
Rawatan psoriasis
Jadi treatment untuk psoriasis tak akan sama pun dengan eczema. Disebabkan itu, bila ada penjual produk kata boleh guna cream yang sama, nampak sangat karutnya.
Moisturizer tetap perlu pakai untuk semua. Bezanya untuk mereka yang ada eczema dan psoriasis lebih elok pilih yang lebih sesuai dengan kulit mereka.
Psoriasis biasanya bila tak jadi flare (suar), gunalah moisturizer yang sesuai untuk kulit kering (lebih minyak) untuk kekal lembab. Tapi bila dah jadi flare, kena jumpa doktor untuk tengok tahap flare tersebut. Ada yang sampai perlu phototherapy dan rawatan lain.
Baca juga: Ini Hukum Guna Ubat Mata Ketika Berpuasa, Dah Tahu Baru Tak Ragu!
Waktu psoriasis akan flare (suar)
Psoriasis ini biasanya akan flare sewaktu musim panas sebab kulit jadi sangat kering. Carilah pelembab (moisturizer) yang tiada apa-apa bau atau rasa atau warna.
Larangan orang yang ada psoriasis
- Jika suka letak beberapa titis oil lepas itu keluar wap, itu pun elakkanlah sebab ianya ada chemical ingredients tersendiri.
- Nak guna humidifier ok tapi bukan yang ada apa-apa bahan kena titis.
- Kalau boleh elakkan mandi dengan air panas sebab nanti kulit jadi lebih kering.
- Pastikan minum air masak atau air kosong cukup setiap hari.
- Elakkan tempat panas melampau, baju yang tebal sangat dan bahan yang boleh merangsang psoriasis.
Baca juga: Terkejut Keputihan Keluar Hijau, Hati-Hati Orang Perempuan Ini 5 Puncanya!
Sumber: Dr Erna Nadia
FT Image: freepik