Cantik

Sebenarnya 3 Waktu Ini Dilarang Untuk Mandi & Orang Ramai Kena Tahu Sebabnya!

10
SHARES
waktu dilarang mandi

Mandi adalah cara untuk membersihkan tubuh badan. Namun, tahukah anda terdapat 3 waktu dilarang mandi yang dikatakan tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Melalui portal Dalam Islam, pakar kesihatan menyatakan pada waktu-waktu tersebut keadaan jantung sedang melemah sehingga berisiko menyebabkan kematian mendadak. Mari ketahui waktu yang dilarang mandi seperti dinyatakan dengan lebih lanjut.

Baca juga: Tidur Lepas Subuh Ganggu Keluarnya Hormon Kecergasan, Itu Yang Letih Siang Hari Berpuasa!

WAKTU DILARANG MANDI

waktu dilarang mandi

Gambar: plushbeds

Berikut adalah 3 waktu yang dilarang untuk mandi:

1. 30 minit selepas solat Asar

Dikatakan pada waktu tersebut, keadaan darah dalam tubuh sedang panas. Sekiranya anda mandi pada 30 minit selepas solat Asar, ia mengakibatkan rasa lelah dan letih.

2. Selepas Maghrib

Mandi selepas waktu Maghrib juga termasuk dalam waktu yang dilarang. Hal ini kerana, keadaan jantung pada saat itu mulai lemah. Selain itu, mandi pada waktu tersebut juga meningkatkan risiko penyakit paru-paru berair.

3. Waktu selepas Isya hingga jam 12 malam

Selepas Isya merupakan waktu di mana jantung sedang berehat. Dikatakan, mandi pada waktu itu akan menyebabkan kerosakan pada jantung.

Baca juga: 7 Punca ‘Barang Dalam Seluar’ Abang Bau Kurang Enak, Sampai Naik Segan Dengan Isteri!

Baca juga: Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!

Itulah 3 waktu dilarang mandi yang dikatakan tidak bagus pada kesihatan. Namun, apakah pula waktu yang disarankan untuk mandi?

  1. Mandi pada waktu Subuh atau sebelum Subuh: Waktu ini sangat dicadangkan kerana kandungan ozon dalam air lebih tinggi yang boleh membuatkan tubuh lebih segar dan awet muda.
  2. Mandi pada waktu Asar: Mandi pada waktu Asar membuatkan kekebalan tubuh lebih meningkat sehingga tidak mudah terkena penyakit.

Baca juga: Cik Abang, Ini 5 Cara Betul Basuh ‘Barang Dalam Seluar’, Bukan Main Sembur Air Saja Tau!

WAKTU DILARANG MANDI MENURUT ISLAM

Sementara itu, melalui portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tiada dalil daripada al-Quran dan Sunnah berkaitan larangan mandi pada waktu malam.

Walaupun begitu, terdapat beberapa pendapat daripada kalangan ahli ilmu tentang kemakruhan mandi ketika matahari hampir terbenam dan di antara dua isyak (antara maghrib dan isyak). Hal ini ada dinyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:

وَيُكْرَهُ دُخُولُهُ قُبَيْلَ الْغُرُوبِ وَبَيْنَ الْعِشَاءَيْنِ لِأَنَّهُ وَقْتُ انْتِشَارِ الشَّيَاطِينِ

Maksudnya: “Dan adalah makruh memasukinya (tandas) ketika matahari hampir terbenam dan di antara dua isyak (antara maghrib dan isyak) kerana pada waktu itu syaitan berkeliaran.” (Lihat: Mughni al-Muhtaj, 224/1)

Melihat kepada nukilan di atas, sebaik-baiknya cuba untuk menjauhi dan tidak memasuki tandas pada dua waktu tersebut melainkan ketika berhajat kepadanya. Tambahan pula, tandas atau mandi telah menjadi satu keperluan bagi setiap manusia contohnya apabila hendak membuang air dan melakukan mandi wajib.

Baca juga: 6 Tips Berenang Ketika Haid Wanita Perlu Patuh, Baru Air Tak Tercemar Darah!

Sumber: DalamIslam / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: torwai/iStockphoto/Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×