Orang kata, pertama kali bergelar ibu bapa ni, rasa gementar dan takut tu memang tak boleh nak hilang! Maklumlah, nak tunggu kelahiran cahaya mata sulung kan.
Biasalah, first time nak uruskan anak sendiri mestilah rasa gugup, kekok dan serba tak kena! Bayi kan perlukan extra care dan perhatian. Tapi lama kelamaan terus jadi biasa dan boleh uruskan baby macam pro!
Haa..kat sini kami senaraikan antara kebimbangan-kebimbangan yang selalunya ibu hadapi dalam membesarkan si manja. Anda pun macam ni?
RASA DIRI BUKAN IBU YANG TERBAIK BILA ANAK SAKIT
Hati ibu bapa mana yang tak risau bila anak sakit kan? Terus fikir kat mana agaknya silap kita. Cara penjagaan yang salah ataupun masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak masih belum matang dan akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, kalau si manja anda demam atau selsema 5 hingga 6 kali dalam setahun, itu adalah normal.
Seeloknya, bawa anak anda berjumpa doktor dengan kadar segera dan sentiasa pantau kesihatan anak kita. Ibu-ibu, jangan risau sangat ya!
PERKEMBANGAN ANAK LAMBAT SIKIT DARI ORANG LAIN
“Eh, anak kau belum berjalan lagi, anak aku baru setahun dah laju dah jalan”.
Kerap sangat kita jumpa ibu bapa yang macam ni. Elok-elok kita tak risau, dah jadi runsing pulak fikir bilalah anak kita nak pandai jalan.
Jangan macam tu..Perkembangan setiap anak tak sama kerana dilahirkan dalam persekitaran yang berbeza. Ada yang lambat berjalan tapi cepat bercakap, ada yang laju merangkak tapi belum pandai berjalan.
Yang penting, anak kita membesar dengan sihat. Kita sebagai ibu kenalah terima dan bersyukur dengan kelebihan anak masing-masing.
RASA BERSALAH BILA HANTAR ANAK KE PENGASUH
Situasi ni selalunya dihadapi oleh mereka yang pertama kali bergelar ibu. Yelah, dah 2 bulan berpantang, tak pernah berenggang dengan anak. Bila dah habis cuti dan mula bekerja, memang perasaan tu bercampur baur.
Rasa bersalah nak tinggalkan anak dekat pengasuh. Baru sejam, dah rindu. Kalau boleh, nak bawak anak pergi kerja sekali! Kadang-kadang, rasa nak berhenti kerja dan jaga anak sendiri kat rumah.
BILA TAK CUKUP SUSU BADAN
Yang ini memang dilema yang sering dialami oleh kaum ibu. Seperti yang kita tahu, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Perasaan bahagia bila susukan anak tu, memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Tapi, tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak mereka dalam tempoh yang lama dan terpaksa beri susu formula. Yelah, ibu mana yang tak nak berikan bayi mereka susu sendiri kan. Tapi, apa-apa pun, yang penting adalah kesihatan anak.
Susu formula pun tinggi dengan pelbagai khasiat untuk tumbesaran si manja. Fikir positif ya!
TAK CUKUP ‘BONDING TIME’ DENGAN ANAK
Bagi ibu yang bekerjaya, masa berkualiti dengan anak dan keluarga adalah paling utama bagi mereka. Namun dek kesibukan kerja, kadang-kadang tak sempat nak luangkan masa dengan mereka.
Pagi dah hantar anak ke pengasuh atau taska, balik kerja, anak pun dah tidur. Hujung minggu sajalah waktu yang ada untuk mereka. Kadang-kadang, bila tengok anak tidur, rasa bersalah sangat sebab tak ada bonding time dengan mereka.
TIADA IBU YANG SEMPURNA, TAPI SEMUA IBU MAHUKAN YANG SEMPURNA BUAT SI MANJA!
Kalau boleh, setiap ibu ingin anak mereka berada di depan mata setiap masa. Tapi, sukar bagi ibu yang bekerjaya tu. Oleh itu, ibu-ibu boleh manfaatkan masa yang ada dengan aktiviti di rumah seperti waktu mandi!
Masa ni lah boleh cipta bonding time dengan anak. Lepas tu, jangan lupa jadikan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sebagai teman mandian si manja!
Cetaphil Baby adalah jenama yang dipercayai oleh ibu-ibu sejak bertahun-tahun lamanya kerana kandungan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash yang terdiri daripada 1/3 pelembab dengan aloe vera dan minyak badam terbukti dalam menjadikan kulit si manja anda lembut dan sihat!
Selain itu, formulanya yang hypoallergenic dan mempunyai kadar pH seimbang selamat serta tak pedihkan mata si manja. Yang paling penting, ia disyorkan oleh pakar kanak-kanak!
Si ibu mesti rasa bahagia bila lihat anak mereka gembira dan sihat! Anak pun akan jadi lebih ceria.
Maklumlah, si manja kan bagai cerminan ibu bapa mereka! Apa saja yang ibu bapa buat, mesti mereka akan tiru. Haa..cakap pasal tiru, Cetaphil ada menganjurkan satu pertandingan iaitu My Little Mimic!
TIRU EKSPRESI WAJAH IBU BAPA DAN REBUT HADIAH LUMAYAN!
Senang je nak sertai pertandingan My Little Mimic ni. Cara-caranya adalah:
- Anda hanya perlu menghantar gambar anak anda meniru ekspresi wajah dan reaksi anda dengan sebarang produk dari rangkaian Cetaphil Baby
- Gambar haruslah dihantar pada ruangan komen di post Facebook Cetaphil Malaysia.
- Setiap gambar haruslah disertakan dengan kapsyen mengenai pengalaman peserta tentang bagaimana Cetaphil Baby menjadikan waktu mandi si manja adalah saat yang gembira dan menyeronokkan
- Sertakan hashtags #MyLittleMimic dan #CetaphilMY.
Hadiah lumayan yang bakal jadi milik anda dan si manja:
- Hadiah Utama (3 pemenang): Baby car seat bernilai RM1000
- Hadiah Saguhati (10 pemenang): Hamper Cetaphil Baby bernilai RM250
Tempoh pertandingan My Little Mimic bermula daripada 17 September hingga 30 October 2018.
Jadi ibu-ibu, apa tunggu lagi, jom jadikan waktu mandi sebagai saat yang berharga buat anda dan si manja sambil merebut hadiah lumayan dari Cetaphil Baby!
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Cetaphil Malaysia