Cantik

Air Mandian Daun Untuk Atasi Badan Tak Bermaya, Lepas Siram Terus Segar!

47
SHARES
air mandian daun

Keadaan badan penat, tak bermaya dan lesu boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Justeru itu, untuk mengembalikan kesegaran pada tubuh badan anda, air mandian daun ini adalah jalannya!

Air mandian daun ini kaya dengan pelbagai ramuan semula jadi yang memang banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Anda hanya perlu rebus selama satu hingga ke dua jam dan digunakan ketika mandi bersama gayung. Jom cuba buat!

Baca juga: Anda Kena Tahu Ini 11 Kesan CUT GULA Pada Kesihatan, Risiko Nyanyuk Pun Kurang!

AIR MANDIAN DAUN

air mandian daun

Bismillahirrahmanirrahim. Cuba amalkan ramuan air mandian daun ini, dengannya menyegarkan tubuh badan yang selalu tak bermaya.

Baca juga: Rasa Kerap Letih Badan, Masa Mandi Pakai 1 Bahan Mujarab Ini!

Bahan-bahan:

  • 10-15 helai daun pandan (siat & simpul)
  • Segenggam daun serai wangi (ikat)
  • 20 helai daun limau purut (siat)
  • 5 biji limau purut (ambil kulitnya sahaja)
  • 10 helai daun lengkuas (siat)
  • 10 helai daun halia bara (siat)
  • 10 helai daun jambu batu
  • 10 helai daun halia (siat)
  • Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)

Cara membuat:

  1. Cuci bersih semua bahan.
  2. Rebus semua bahan bersama air selama 1-2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.
  3. Tapis dan tuang dalam besen yang berisi air biasa dan mandi gunakan gayung.
  4. Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain.

Baca juga: Atasi Masalah BUKU LALI Berdaki & Kehitaman Dengan 5 Langkah Mudah Ini, Baru Tak Stres!

Sumber: Ana Mahabu

FT Image: pressfoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×