Cantik

Rasa Kerap Letih Badan, Masa Mandi Pakai 1 Bahan Mujarab Ini!

29
SHARES
petua menghilangkan keletihan badan

Kebiasaannya, selepas pulang ke rumah basahkan badan adalah salah satu jalan terbaik untuk mengurangkan rasa penat setelah seharian bekerja. Namun, apa kata anda cuba pula petua menghilangkan keletihan badan dengan menggunakan satu sumber bahan semula jadi ini ketika mandi.

Bahan semula jadi ini memang terkenal, mudah didapati dan banyak digunakan dalam rawatan alternatif yang memberikan pelbagai manfaat kepada manusia. Nak tahu apa bahannya? Jom teruskan pembacaan anda di bawah!

Baca juga: Bukan Senang Nak Kurangkan Garam Ketika Makan Di Luar, Guna Tips Dari Pakar Nutrisi Ini!

PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN BADAN

petua menghilangkan keletihan badan

Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.

BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAANNYA:

  • 10 helai daun limau purut.
  • 5 biji buah limau purut.
  • 1 baldi air suam.

Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:

  1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus.
  2. Dan ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.
  3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.
  4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
  5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
  6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala dan rambut.

MANFAAT AIR MANDIAN DAUN LIMAU PURUT

petua menghilangkan keletihan badan

  • Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan.
  • Selain air mandian ini, daun dan buah limau purut juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. 
  • Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Facebook Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×