Sihat

Kesan Mandi Malam Betul Ke Bahayakan & Memudaratkan Kesihatan? Doktor Jelaskan!

21
SHARES
kesan mandi malam

Apabila sebut mandi malam, mesti terus terfikir kesannya akan dapat masalah paru-paru berair. Tapi betul ke kesan mandi malam akan bawa kemudaratan pada kesihatan badan?

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad, sebenarnya ada sebab mengapa orang lama melarang mandi di waktu malam. Kalau nak tahu, jom baca ulasan beliau di bawah.

Baca juga: Ingat Sikap Malas Je Bawa Kemudaratan, Bila Usus Malas Pun Undang Penyakit!

KESAN MANDI MALAM APA BENAR IA BAHAYAKAN KESIHATAN?

kesan mandi malam

BAHAYA MANDI MALAM

Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam. Hal ini kerana, ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.

Malaysia mempunyai iklim tropika di mana, cuacanya adalah panas dan lembab. Oleh itu, mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

SEBAB MENGAPA ELAK MANDI MALAM

Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita, mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai.

Disebabkan itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

LEBIH BAIK BERSIHKAN BADAN SEBELUM MASUK TIDUR

Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.

Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat.

KEBAIKAN MANDI MALAM DENGAN AIR SUAM/HANGAT

Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu

  • Mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
  • Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma.
  • Membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin.
  • Memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

KENAPA PERLU MANDI?

Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stress. Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan sistem imun badan.

Selain, mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.  Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).

Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walaupun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri. Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.

Sumber: Facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×