Asuh

Strok Haba Punca Organ Terbakar? Ketahui Punca, Gejala & Cara Elak Jadi Mangsa!

6
SHARES
strok haba

Kebelakangan ini, kes kanak-kanak maut menjadi mangsa strok haba semakin meningkat dan mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Malah, baru baru ini juga Berita Harian melaporkan, fenomena El Nino yang sedang dialami Malaysia dijangka akan berlarutan sehingga September depan.

Justeru itu, Doktor Samhan telah berkongsikan beberapa info strok haba mengenai punca, gejala, golongan mangsa dan cara mengatasinya. Jom teruskan pembacaan di bawah!

Baca juga: Aduh! Tiap Kali Baby Menyusu Mesti Puting Payudara Pedih, Ini Punca & Petua Merawatnya

STROK HABA

strok haba

STROK HABA PUNCA ORGAN HANGUS?

Kita baru dikejutkan dengan berita kematian adik Syamil Aqil yang meninggal disebabkan strok haba dan dehidrasi. Ini menunjukkan STROK HABA tersangatlah bahaya dan boleh membawa maut!

APA PUNCA STROK HABA YANG SEBENAR?

Ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi. Kondisi inilah yang dikenali sebagai hipertermia.

BUKAN KANAK-KANAK SAHAJA YANG BOLEH JADI MANGSA STROK HABA!

Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba:

1. KANAK-KANAK

2. ORANG TUA YANG…

Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan.

3. ATLET YANG…

Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari

4. PEKERJA YANG…

Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar.

5. INDIVIDU YANG…

Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama.

GEJALA STROK HABA:

strok haba

  • Suhu badan meningkat sehingga 104°F (40°C) atau lebih tinggi lagi.
  • Peluh keluar banyak.
  • Muka berubah merah.
  • Sakit kepala.
  • Mual-mual.
  • Muntah-muntah.
  • Rasa haus yang berlebihan.
  • Air kencing berwarna keruh.
  • Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut.
  • Jantung berdegup dengan lebih kencang.
  • Ruam merah timbul pada kulit.
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri.

CARA IBU BAPA ELAK ANAK TERKENA STROK HABA:

  1. Pastikan rumah anda mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak.
  2. Pasangkan kipas angin kerana ia mampu menurunkan risiko kematian bayi atau kanak-kanak secara mengejut sebanyak 72% mengikut kajian.
  3. Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas.
  4. Jangan sesekali memakaikan anak anda dengan pakaian yang terlalu tebal atau ketat.
  5. Berikan anak anda minum air putih dengan kerap walaupun dia tidak mengadu dahaga.
  6. Sediakan anak anda dengan makanan yang banyak air atau sup.
  7. Elakkan dari membiarkan anak anda tidur dengan berselimut.
  8. Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu anak untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah.

Semoga info ini dapat membantu ibu bapa di luar sana dalam menghadapi fenomena El Nino yang sedang melanda negara. Mari, sama-sama melindungi diri sendiri dan anak-anak anda.

Maka, di kesempatan ini juga pihak Sirap Limau ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa strok haba yang mengalami tragedi tidak disangka ini.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×